- Prof Dr Jayum Jawan
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu melepaskan jawatannya selepas ditolak majoriti Adun negeri itu.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, Abdul Khalid sepatutnya telah lama melepaskan jawatannya.
"Sepatutnya lama sudah dia menghadap Sultan untuk minta dua perkara. Sama ada beliau letak jawatan atau meminta agar Dun dibubarkan.
"Ini yang menunjukkan kematangan berpolitik. Apabila kita sudah tidak ada kepercayaan, kita harus turun," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Namun, menurutnya sekiranya Abdul Khalid enggan, tiada siapa yang boleh memaksa.
"Jadi, pilihan itu ada. Tapi kalau beliau tetap enggan, kita tak boleh buat apa," katanya.
Jelasnya, sekiranya Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memohon membubarkan Dun, baginda boleh bersetuju ataupun sebaliknya.
"Kalau beliau minta Dun itu dibubarkan, baginda boleh bersetuju atau tidak bersetuju.
"Ataupun, baginda juga boleh minta orang lain yang mendapat kepercayaan majoriti untuk diangkat sebagai menteri besar. Itu budi bicara Sultan," katanya.

No comments:
Post a Comment