- Robin Williams
KEMATIAN Robin Williams, bintang filem terkenal Hollywood, menghentak orang ramai. Keterkejutan ditunjukkan oleh rakan artis dan seluruh peminat di pelosok dunia.
Malah, Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat, turut menyatakan takziah, dukacita yang mendalam.
Tiba-tiba, orang ramai mempersoal di media sosial, seperti Facebook dan Twitter, mengapa sosok pelawak sebesar Robin boleh mengakhiri hidup dengan bunuh diri?
Tindakan ini seolah-olah bercanggah dengan kemasyhuran dan kemakmuran yang telah dimilikinya. Tetapi apa daya, sebenarnya Robin tidak menutupi keadaan dirinya yang pernah ketagihan arak dan dadah.
Malah, pembawa watak Theodore Roosevelt dalam filem Museum in the Night pernah berkelakar bahawa orang yang menikmati dadah itu adalah bukti kemurahan Tuhan pada orang yang mempunyai wang.
Lalu, apa kaitannya dengan Socrates, ahli falsafah Yunani yang mati kerana meminum racun? Jika guru Plato ini memilih mati kerana dituduh meracuni pemikiran belia Athena daripada mengakui bersalah, John Keating, guru yang diperankan oleh Robin dalam filem Dead Poets Society, dihukum kerana dianggap telah menyebabkan kematian muridnya, Neil.
Adakah Robin Williams begitu menjiwai watak Keating dan berasa berdosa pada Neil?
Kalau merujuk kepada karya agung Emile Durkheim, Suicide, tindakan bunuh diri boleh berpunca daripada masalah sosial dan eksistensial.
Secara sosial, kehidupan Robin William tidak bermasalah. Kesaksian jirannya menunjukkan dia seorang yang mesra. Lihatlah ketika dia melakonkan watak nenek dalam Mrs Doubtfire agar boleh bersama ketiga-tiga anaknya, betapa menyentuh dan mencetuskan kelakar.
Selain itu, secara psikologikal, tidak ada maklumat dia berasal daripada keluarga yang secara genetik terdapat kecenderungan untuk bunuh diri.
Tentu sahaja, merujuk pada pengelasan pencetus bunuh diri Jousset dan Moreau de Tours, bahawa kemungkinan punca bunuh diri Robin adalah dorongan obsesif (obsessive suicide). Dalam kes ini, bunuh diri tidak memiliki motif, tidak nyata atau khayalan belaka.
Mengikut ahli psikologi tersebut, dengan merujuk pada seorang pesakit kepada Brierre de Boismont, bahawa pesakit menggambarkan keadaan dirinya sebelum berlaku kematian sebagai orang yang bekerja di sebuah rumah perniagaan.
Selain itu, pesakit melakukan kewajipan sehari-hari secara memuaskan tetapi berasa menjadi robot (automaton). Nada suara yang bersangkutan seperti menggema di ruang yang kosong.
Menariknya, pesakit tidak mempunyai masalah kewangan, keluarga dan kesihatan. Pendek kata, tak ada alasan untuk bunuh diri.
Namun demikian, ketagihan arak mungkin adalah salah faktor yang mungkin menjadi puncak Robin William membunuh diri.
Bayangkan, Robin Williams bukan sekadar berkelakar sebagai orang yang kaya sehingga boleh menikmati dadah, tetapi juga seorang dermawan.
Tak mungkin orang suka berderma kalau hatinya tak baik. Namun, seperti kata Søren Kierkegaard, ahli falsafah, hierarki eksistensi itu dimulakan dari estetik kesenangan (arak dan dadah) dan etik (murah hati), namun Robin mungkin sedang menuju lompatan iman (keagamaan).
Sayangnya, kita belum sempat mendengar kepercayaan apakah yang dia peroleh sehingga memilih kematian dengan cara menggantung diri.
Mungkin, setelah pesanan terakhir Robin diumumkan pada orang ramai, kita boleh mengetahui apa sebenarnya menjadikan ayah kepada Zelda William tewas secara tragik.
Dari kisah di atas, kita boleh mengambil pelajaran bahawa keperluan kehidupan bukan sekadar wang, kedudukan dan populariti.
Sememangnya, kita sering kali mendepani kecelaruan (absurdity) dalam hidup. Namun, kalau kita cuba memahami lagu Putih Tulang yang dinyanyikan oleh kumpulan Dinamik, bahawa apabila ada dua hal yang bercanggah, seperti banjir dalam kemarau, itu tidak lain adalah takdir Tuhan.
Kalau kita sudah berusaha sedaya upaya untuk berjaya dalam kerjaya, tetapi kita tidak mendapatkan apa diimpikan, boleh jadi Tuhan sejatinya memberikan anugerah yang lain.
Apatah lagi, keperluan kita yang acap kali membuat gelisah adalah berasal dari ketamakan terhadap harta-duniawi.
Padahal, kebahagiaan itu tidak terletak pada benda, tapi jiwa. Kegagalan berbuat demikian, membezakan alat dan tujuan, hanya akan menjadikan kita selalu diumbang-ambingkan oleh ombak ketidakpastian.
Sekali masa, kita perlu bertenang, mengasingkan diri dari godaan kemewahan dan mendekatkan diri pada keindahan alam.
Kalau kita boleh menikmati gunung-ganang dan bukit-bukau sebagai cermin kebesaran ALLAH, hakikatnya kita telah meraih apa sebenarnya perlu kita kecapi dalam dunia fana ini.
* Dr Ahmad Sahidah ialah Pensyarah Pelawat SEML Universiti Utara Malaysia

No comments:
Post a Comment