Kuala Lumpur: Puluhan juta ringgit. Itu jumlah pampasan yang bakal diterima keluarga atau waris 298 mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sekiranya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dapat mensabitkan kesalahan kepada negara yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu kelak.
Ini didedahkan Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Abdul Halim Sidek yang merumuskan tragedi MH17 ini bakal menjadi sejarah dunia penerbangan kerana belum ada kes seumpamanya yang pernah berlaku.
Menjelaskan lanjut mengenai nilai pampasan yang bakal diterima keluarga mangsa, Abdul Halim berkata, selain negara yang dikenal pasti sebagai dalang ataupun bertanggungjawab dalam insiden MH17 itu perlu melunaskan pampasan bernilai jutaan ringgit, terdapat beberapa aspek lain yang akan dinilai.
“Antaranya, tiket dan kad kredit serta polisi insurans peribadi milik mangsa itu sendiri. Setiap individu yang membeli tiket penerbangan sebenarnya mempunyai polisi insurans sama ada mereka sedar ataupun tidak.
“Malah, sekiranya seseorang itu membayar tiket itu menggunakan kad kredit juga sebenarnya mereka (penumpang) tertakluk kepada polisi insurans kad kredit itu sendiri. Apatah lagi mereka yang memiliki polisi insurans nyawa dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19
No comments:
Post a Comment