SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum penggantinya, Mohamed Azmin Ali berucap pada sesi soal jawab lisan.
Khalid dilihat berbuat demikian selepas DUN Selangor selesai menjalankan proses pengundian pemilihan bagi jawatan timbalan speaker.
Tindakan tergesa-gesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun gagal dihidu pihak media yang berada di bangunan tambahan DUN Selangor.
Terdahulu, sebelum persidangan DUN Selangor bermula pada pukul 10 pagi Isnin, Azmin dilihat bersalaman dengan semua wakil rakyat termasuk Khalid.
Sementara itu, Azmin ketika ditemui di luar dewan persidangan hanya tersenyum apabila diminta mengulas mengenai perbualan ringkasnya dengan mantan menteri besar itu.
Baru-baru ini, Khalid dikaitkan dengan kontroversi pembayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada lapan bekas pembantunya.
Pembayaran tersebut dibuat Khalid di penghujung tempoh perkhidmatannya sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar.
No comments:
Post a Comment