Monday, November 24, 2014

Putrajaya terus lupus hutang, ‘bail out’ syarikat, kata Rafizi

rafizi ramli
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyelar tindakan Putrajaya menghapuskan hutang anak-anak syarikat milikan kerajaan yang disifatkan beliau mencabar kesabaran rakyat. – Gambar TMI
“Dalam keadaan peminjam hutang kecil seperti Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikejar, subsidi dihapuskan dan rakyat terus dibebankan dengan kos sara hidup, tindakan menghapus hutang secara sembunyi seperti ini benar-benar mencabar kesabaran rakyat,” kata Rafizi Ramli lapor The Malaysian Insider

Putrajaya masih lagi mengamalkan dasar membela anak-anak syarikat milikan kerajaan dengan menghapuskan hutang syarikat meskipun sering menerima kritikan banyak pihak, kata Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, terbaru Putrajaya cuba memasukkan dua usul oleh Kementerian Kewangan dalam urusan kerajaan persekutuan di Parlimen hari ini dengan menukarkan hutang dua anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan bernilai RM876 juta kepada ekuiti.
“Ini bermakna, hutang anak-anak syarikat milik kerajaan itu dihapuskan begitu sahaja dengan menukarkannya kepada pegangan saham atau ekuiti,” kata setiausaha agung PKR itu.
Rafizi berkata, usul yang dibawa Menteri Kewangan itu mencadangkan supaya hutang sebanyak RM400 juta yang diberikan kerajaan Malaysia kepada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) dan baki hutang sebanyak RM475.59 juta yang diberikan kerajaan persekutuan kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditukar kepada ekuiti pada nilai yang sama.
“Akibat tindakan menukar hutang kepada ekuiti seperti ini, Putrajaya tidak boleh mengutip hutang RM876 juta daripada anak-anak syarikat sedangkan hutang awal yang diambil kerajaan persekutuan yang diberikan kepada anak-anak syarikat ini tetap perlu ditanggung oleh kerajaan persekutuan,” katanya.
“Lebih membimbangkan, tindakan menukar hutang kepada ekuiti ini membayangkan syarikat-syarikat ini tidak mampu membayar hutang sehingga perlu diambil alih kerajaan,” katanya.
Pemimpin muda PKR itu berkata dengan cara itu, risiko kerugian dan tanggungan hutang kini ditanggung sepenuhnya kerajaan persekutuan.
Rafizi berkata, syarikat MDV adalah pembiaya kepada syarikat dan projek teknologi maklumat dalam bentuk hutang.
“Kegagalan membayar hutang ini bermakna ramai peminjam daripada pembiaya gagal membayar hutang, dan tindakan kerajaan ini menyaksikan hutang mereka lupus begitu sahaja,” katanya.
Manakala, kegagalan Prasarana menjelaskan bayaran baki hutang mereka menunjukkan syarikat pengedalikan pengangkutan awam itu terus mengalami kerugian, kata Rafizi.
Perkara itu katanya serupa dengan tindakan yang berlaku terhadap sebuah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu SRC International, apabila hutang RM4 bilion yang diambil daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dipindahmilikkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan.
Baca lanjut di Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment