ISNIN, 24 NOVEMBER 2014 @ 1:21 PM
Pengurus Schumacher, Sabine Kehm memberitahu stesen televisyen Jerman, RTL bahawa juara dunia tujuh kali itu 'semakin menunjukkan peningkatan susulan kecederaan yang dialaminya.
"Anda kena berikannya lebih masa. Saya fikir anda perlu bersabar," katanya.
Schumacher mendapat koma selepas nahas dan Kehm amat teruja dengan sokongan pelbagai pihak untuk pemulihan pelumba berkenaan.
"Ahli keluarganya juga amat berterima kasih dan amat teruja setiap apa yang ditunjukkan oleh orang ramai...saya fikir ia satu tenaga positif dan kesan yang bagus untuk proses pemulihannya," katanya.
Schumacher kini tinggal di Gland, dekat Geneva, di Switzerland. - AP
No comments:
Post a Comment