Monday, November 24, 2014

Muhyiddin pula lawat Cameron Highlands


BANJIR lumpur yang melanda Lembah Bertam 5 November lepas perlu dipastikan tidak berulang.


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa orang menteri Kabinet dan menteri besar dijangka melawat Cameron Highlands, Pahang hari ini sebagai sebahagian usaha membanteras penerokaan tanah haram untuk pertanian selain membendung kejadian banjir kilat di tanah tinggi itu.
Antara menteri yang telah mengesahkan kehadiran ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
“Pihak Majlis Keselamatan Negara sudah menjemput semua kementerian yang terlibat dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Cameron Highlands.
“Mungkin menteri atau wakil mereka akan hadir lawatan itu esok (hari ini),” kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3JxgF1OBm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment