Tuesday, April 19, 2011

Pramugari wajib belajar kung fu


HONG KONG: Syarikat penerbangan Hong Kong Airlines mewajibkan semua kru pesawatnya mempelajari seni bela diri kung fu bagi menghadapi kerenah penumpang mabuk atau sukar dikawal.
Akhbar Sunday Morning Post melaporkan, mereka dikehendaki menjalani latihan seni bela diri wing chun yang sesuai menumpaskan seseorang dalam jarak dekat.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Hong Kong Airlines, Eva Chan, syarikat berkenaan berdepan tiga insiden kekecohan membabitkan penumpang liar setiap minggu.

Katanya, dua minggu lalu seorang anak kapal terpaksa menggunakan kemahiran seni bela dirinya ketika dalam penerbangan dari Beijing ke Hong Kong.

“Pramugari itu memanfaatkan kemahirannya untuk membantu seorang penumpang berbadan besar yang mabuk,” katanya.

Biasanya, kata Chan, pramugari tidak mampu menguruskan penumpang gemuk, terutama apabila dia mabuk.

Bagaimanapun, katanya, hasil latihan dijalani dalam seni bela diri, pramugari terbabit dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

Sementara itu, pramugari terbabit, Lumpy Tang, berkata dia tidak pernah menyangka perlu menggunakan ilmu kemahiran kung fu ketika bekerja.
Kata Tang, 22, latihan itu mungkin sukar pada peringkat awal tetapi menjadi semakin menyeronokkan kemudian.

“Anda tak boleh menjangkakan apa berlaku dalam pesawat,” katanya. - AFP

Mahkamah India larang kanak-kanak jadi pekerja sarkas


NEW DELHI: Mahkamah Agung India mengharamkan mana-mana kumpulan sarkas menggaji kanak-kanak serta mengarahkan kerajaan menjalankan pemeriksaan mengejut bagi menangani isu berkenaan.
Keputusan mahkamah itu dibuat hasil petisyen dikemukakan sebuah pertubuhan hak asasi yang mendesak pelaksanaan menyeluruh undang-undang buruh kanak-kanak yang sering dilanggar kumpulan sarkas.

Biasanya kanak-kanak dilatih untuk mengadakan persembahan akrobatik di atas wayar tinggi serta pelbagai aksi berbahaya untuk menarik perhatian orang ramai.

Mereka biasanya dibawa mengikut kumpulan berkenaan yang bergerak dari satu bandar ke bandar lain sepanjang tahun.

Peguam Pergerakan Selamatkan Kanak-kanak, Colin Gonsalves, berkata mahkamah mengarahkan kerajaan menyelamatkan semua kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang terbabit dalam aktiviti itu.

“Mahkamah turut memerintahkan kerajaan merangka satu dasar pemulihan untuk mereka,” katanya. - AFP

Hujan batu 17maut 150cedera


PASUKAN penyelamat cuba menyelamatkan penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan rumah yang musnah, di Foshan, daerah Guangdong, China, hari ini. Pihak berkuasa China melaporkan, sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan ramai yang tercedera akibat akibat bencana hujan dan ribut petir melanda di pusat industri negara, selatan wilayah Guangdong, China. - Foto AP, bharian



BEIJING: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan lebih 150 cedera apabila hujan batu melanda wilayah Guangdong di selatan China, semalam.
Stesen televisyen tempatan melaporkan, ribut itu berlaku di beberapa bandar, termasuk Guangzhou, Foshan, Dongguan dan Zhongshan, menyebabkan kerugian kira-kira RM25.4 juta.

Hampir 22 juta orang terjejas dengan bencana alam itu.

Dianggarkan lebih 50 mililiter hujan turun di wilayah berkenaan.

Kerajaan wilayah Guangdong menghantar pasukan bantuan ke bandar terjejas untuk menguruskan semua mangsa. - AFP, mymetro

Kris Dayanti hamil empat bulan


JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan selepas bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu.
Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka.

"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya.
-mymetro

Timbalan KSU dituduh berkhalwat


TIMBALAN Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, (kanan) dan pasangannya Nur Diayana Norslan, 29, (tengah) keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut dekat Pulau Pinang, hari ini selepas membayar jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang. Salim dan Nur Diayana mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu. - Foto BERNAMA, bharian



GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.
Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, hari ini. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama. Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
-mymetro

Terminum cuka getah


PASIR MAS: Gara-gara terminum cuka getah yang disangka minuman berkarbonat ketika leka berbual, seorang bomoh meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), akibat kecederaan serius pada organ dalaman, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Khamis lalu, Lijah Mamat, 88, yang mengalami masalah penglihatan leka berbual bersama kakak iparnya, Siti Hawa Ibrahim, 77, di rumahnya di Kampung Kelar, di sini, sebelum mencapai botol yang disangka minuman berkarbonat kegemarannya.

Menurut anak kedua Lijah, Abdullah Che Wook, 63, ibunya sering menggunakan cuka getah untuk berubat dan disimpan dalam botol.

Katanya, ketika leka berbual, ibunya yang sudah lanjut usia dan mengalami masalah penglihatan mencapai botol terbabit yang disangka berisi air berkarbonat kegemarannya.

“Dia sempat minum seteguk ‘air’ itu. Memandangkan rasanya agak lain, dia meminta kakak iparnya mencuba sebelum meludahnya keluar,” katanya ketika ditemui, semalam.

Abdullah berkata, selepas beberapa minit minum cuka getah itu, darah keluar dari mulutnya menyebabkan anaknya, Rosmizan, 19, membawanya ke Klinik di Kangkong, di sini.

“Ibu terus dirujuk ke Hospital Lati, Pasir Mas dan berikutan keadaannya yang semakin membimbangkan, pada hari sama dia dirujuk ke HRPZII.

“Ketika dirawat di HRPZ11, ibu muntah darah dan najisnya juga berdarah,” katanya.
Menurut Abdullah, selepas empat hari bertarung nyawa, ibunya meninggal dunia pagi semalam.

“Ibu meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi (semalam) di hospital sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelar Tok Pukan jam 4 petang tadi (semalam),” katanya. Dalam kejadian itu, Siti Hawa turut cedera pada bahagian bibir selepas Lijah memintanya mencuba ‘air’ berkenaan.

Dia yang turut dirawat di HRPZII bagaimanapun sudah dibenarkan keluar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, ketika dihubungi, sehingga petang semalam, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Pesakit mental hilang 2 tahun diperalat sindiket


ALOR GAJAH: Seorang pesakit mental yang ghaib di Puchong, Selangor sejak lebih dua tahun lalu ditemui semula selepas kisahnya disiarkan akhbar ini Jumaat lalu.
Tambi Hassan Tambi Ali, 70, kini berada di bawah jagaan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Perak selepas diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pulau Pinang dalam satu operasi Disember 2009.

Asmah Ali, 66, berkata, keluarganya menerima panggilan daripada seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ulu Kinta, apabila kisah mengenai abangnya disiarkan akhbar ini.

“Kami merancang mengadakan solat ghaib dan doa selamat supaya abang ditemui dan ia terpaksa dibatalkan.

“Pelbagai usaha kami lakukan sebelum ini untuk mencari abang, namun tidak sangka dia berada di rumah perlindungan di Perak,” katanya ketika ditemui di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Menurutnya, dia sekeluarga bersyukur kerana abangnya ditemui selamat walaupun sudah lebih dua tahun dia menghilangkan diri. Katanya, kakak sulungnya, Halimah, 71, sudah menuntut abangnya di pusat jagaan itu kelmarin sebelum dibawa pulang.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Azizi Arifin berkata, Tambi Hassan ditemui merayau-rayau dan mengemis di bandar Pulau Pinang sebelum diselamatkan dalam satu operasi khas pada penghujung 2009.

“Warga emas itu berada di Pulau Pinang dipercayai dalam jagaan satu sindiket yang menjadikan golongan seperti itu sebagai pengemis untuk kepentingan mereka.
“Mengikut rekod kami, Tambi Hassan ditempatkan di rumah perlindungan ini sejak 3 Disember 2009 lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harian Metro Jumaat lalu melaporkan seorang lelaki yang menghidap penyakit mental hilang ketika keluar merayau-rayau di rumah kakaknya di Puchong sejak kira-kira dua tahun lalu

Dua tahun pendam rasa


PASIR MAS: Dia dihantar suami ke sebuah stesen kereta api di Johor Bahru, Johor, pada Jun 2009 lalu dalam keadaan sarat mengandung untuk pulang ke Kampung Binjai Jejawi, di sini, bagi melahirkan anak ketiga.
Bagaimanapun, sehingga hari ini suaminya menghilangkan diri tanpa khabar berita meninggalkannya terkontang-kanting seorang diri membesarkan tiga anak dalam keadaan sengsara apabila mendiami sebuah rumah usang yang asalnya dijadikan pondok simpanan padi.

Begitu nasib malang Che Rohani Che Wail, 26, yang sehingga hari ini buntu mengenai kehilangan suaminya, Ahmad Andy Wahid, 30, kerana mereka tiada masalah, malah menikmati kehidupan bahagia seperti pasangan lain.

Che Rohani berkata, sepanjang hampir dua tahun suaminya menghilangkan diri, dia berusaha mengesan suaminya itu, namun gagal.

“Sepanjang berkahwin, kami menetap di Ulu Tiram, Johor dan saya tidak mengesyaki apa-apa pada suami ketika dia menghantar saya ke stesen kereta api di Johor Bahru untuk saya pulang ke kampung melahirkan anak ketiga pada Jun 2009. “Dia berjanji akan pulang ke kampung selepas saya melahirkan anak ketiga dan saya mempercayainya kerana kami tiada masalah, malah bahagia.

“Bagaimanapun, hampir tiga tahun dia tidak pulang dan menghilangkan diri. Saya cuba menghubunginya, tetapi gagal, malah keluarganya di Kuala Krai, Kelantan juga tidak dapat mengesannya,” katanya.

Menurut Che Rohani, dalam keadaan digantung tidak bertali, dia bersendirian membesarkan tiga anaknya, Ziziey Ezyanie, 7, Zahrul Mukhriz, 5, dan Zahra Balqis Ezyanie, 2, dan mengharapkan simpati keluarga serta saudara-mara untuk meneruskan hidup.

“Tanpa sumber kewangan yang tetap, saya anak-beranak mendiami rumah dipinjamkan seorang sepupu yang asalnya dijadikan pondok simpanan padi. Bekalan elektrik dan tandas pula dipinjam daripada sepupu saya itu.
“Awal tahun lalu, saya terpaksa meminta bantuan sepupu untuk menyekolahkan anak sulung yang bersekolah di tahun satu. Saya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengambil upah menoreh, tetapi tidak mencukupi,” katanya.

Che Rohani meminta supaya sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suaminya supaya menghubungi sepupunya, Anuar Che Leh di talian 013-4491921.

Denda RM25,000


KUALA LUMPUR: Denda RM25,000 atau penjara tiga tahun akan dikenakan kepada mereka yang gagal mendapatkan sijil pengesahan keselamatan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) sebelum menjual kenderaan kepada pembeli lain, manakala pengusaha syarikat kereta terpakai yang degil berdepan denda RM100,000.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bertujuan melindungi hak pengguna supaya kenderaan terpakai yang dibeli bukan kenderaan potong, curi atau rosak teruk.

Katanya, kementerian menetapkan 1 Jun ini sebagai tarikh kuat kuasa dan pihak yang tidak mematuhinya bakal berdepan tindakan tegas.

“Tiada alasan untuk tidak melakukan pemeriksaan kerana tempohnya hanya sejam.

“Puspakom juga bersetuju memberikan khidmat terbaik bagi memudahkan urusan itu supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak dan sijil dikeluarkan pada hari sama,” katanya.

Menurutnya, bayaran untuk pemeriksaan itu juga tidak ditetapkan kepada penjual sebaliknya melalui perbincangan antara penjual dan pembeli.

“Kami juga akan pastikan bayaran dikenakan tidak membebankan penjual atau pembeli dan langkah itu hanya untuk melindungi pengguna supaya tidak berhadapan dengan masalah pada masa akan datang,” katanya selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2010 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini, semalam.

Rais Yatim saman penulis blog


KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengemukakan saman terhadap penulis blog, Abdul Mutalib Mohamed Daud yang didakwa menyiarkan empat artikel memfitnahnya, Januari lalu. 


Beliau memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah di sini, pada 10 Februari lalu melalui firma guaman Tetuan Shahabudin & Rozima.
Dalam pernyataan tuntutannya, Rais berkata Abdul Mutalib selaku defendan menerbitkan empat artikel berkenaan dalam blog di laman web ‘Sabahkini-Reveal The Truth Prevail The Faith’ yang disertai gambarnya pada 1, 3, 5 dan 7 Januari lalu.
Rais mendakwa keempat-empat artikel itu yang berunsur fitnah. 

Katanya, perkataan dan petikan dalam artikel yang tidak senonoh itu membuatkan fikiran pembaca diracuni dengan gambaran yang tidak betul dan tidak masuk akal serta jahat mengenai peri lakunya kerana diterima benar tanpa disiasat terlebih dulu. 

Rais menuntut ganti rugi am, khas dan teladan serta injunksi untuk menghalang Abdul Mutalib daripada terus menyiarkan artikel berkenaan. 

Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Mei depan bagi pengurusan kes. 

Zahi Hawass dihukum penjara ingkar arahan mahkamah


KAHERAH 18 April – Sebuah mahkamah di Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Menteri Warisan, Zahi Hawass (gambar) dan mengarahkan supaya jawatan beliau dilucutkan.
Perintah itu dibuat selepas Hawass menolak untuk mematuhi arahan mahkamah dalam satu kes melibatkan pertikaian tanah.
Hawass yang dinamakan sebagai Menteri Warisan bulan lalu dan menjadi Ketua Majlis Tertinggi Barangan Antik di bawah pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak dengan segera menyatakan beliau akan mengemukakan rayuan.
Hukuman itu bagaimanapun digantung sehinggalah rayuan dibuat.
Hawass yang dikenali sebagai pakar ahli kaji purba Mesir dijatuhi hukuman itu selepas satu tuntutan mahkamah difailkan ke atas beliau berhubung pertikaian tanah.
Dalam keputusan berhubung pertikaian itu, beliau diarahkan untuk mengembalikan tanah kepada plaintif, tetapi enggan melakukannya.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun, denda 10,000 pound Mesir (RM4,838) dan dilucutkan daripada jawatan Menteri Warisan Mesir.
Beliau sendiri mengesahkan kepada wartawan akan mengemukakan rayuan dan menyatakan keputusan mahkamah itu tidak bertujuan menyerang peribadinya. – AFP, utusan

Calon SPM rayu bantuan RM3,000 bedah jantung



Siti Nor Haleeda Abdul Razak menunjukkan surat dari IJN berhubung pembedahan yang perlu dilaluinya di rumahnya di Kuala Kedah, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 18 April - Seorang pelajar tingkatan lima dari Kampung Madrasah di Kuala Kedah di sini merayu bantuan orang ramai untuk membiayai pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei ini.
Pelajar terbabit, Siti Nor Haleeda Abdul Razak, 17, yang menderita saluran jantung tersumbat sejak 2001 memerlukan wang sebanyak RM3,000 untuk pembedahan tersebut.
Bapanya, Abdul Razak Awang Kechik, 54, yang bekerja sebagai nelayan memberitahu, dia tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu kerana pendapatannya tidak seberapa.
Apatah lagi, dia terpaksa menanggung tujuh anak termasuk empat daripada mereka masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).
"Kos yang dikenakan oleh IJN adalah RM45,000 tetapi setelah diberi subsidi anak saya hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM3,000.
"Tetapi bagi nelayan seperti saya, jumlah ini sangat tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, Siti Nor Haleeda, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah sering pengsan ekoran masalah kesihatan itu dan dia perlu ke IJN semula pada 30 Mei ini bagi pembedahan tersebut.
Siti Nor Haleeda yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, dia berharap untuk menjalani kehidupan seperti remaja biasa yang sihat.
"Saya cuma berharap untuk dapat belajar dan berjaya dalam pelajaran seterusnya berpeluang membantu keluarga," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu pelajar ini boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Agro Bank 1-00-5071-00004003-3 milik Abdul Razak Awang Kechik atau menelefonnya di talian 013-5374395.

Penduduk halang feri berlabuh



SEBAHAGIAN penduduk yang mengadakan bantahan kenaikan harga tiket feri menghalang sebuah feri daripada berlabuh di jeti Pulau Redang semalam.

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 100 penduduk Pulau Redang dekat sini mengadakan bantahan secara aman dengan menghalang feri daripada berlabuh di jeti pulau itu.
Bantahan selama sejam bermula pukul 11.30 pagi semalam adalah sebagai protes ekoran kenaikan harga tiket yang dikenakan pihak pengurusan feri kepada penduduk pulau.
Ketika mengadakan bantahan itu, penduduk berkumpul di sepanjang jeti untuk menghalang feri daripada berlabuh dan menurunkan penumpang di jeti berkenaan.
Ekoran itu, feri tersebut terpaksa berhenti kira-kira 50 meter dari jeti sebelum semua penumpang dibawa ke darat menggunakan bot.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pulau Redang, Ladin Awang berkata, bantahan yang dibuat itu adalah susulan rasa tidak puas hati penduduk pulau itu terhadap kenaikan harga tiket feri.
Katanya, harga tiket asal bagi perjalanan sehala dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang dan sebaliknya adalah RM20 bagi dewasa tetapi telah dinaikkan kepada RM25 baru-baru ini.
"Mengikut memo yang dikeluarkan, kenaikan harga tiket sebanyak RM5 ini berkuat kuasa 8 Mac 2011 dan penduduk menganggap kenaikan ini sebagai tidak berasas," katanya ketika dihubungi di sini semalam.-kosmo

Trio 'Datuk T' mungkin didakwa


ABDUL RAHIM (kanan) bersama Shazryl Eskay ketika mengadakan sidang akhbar mengenai video seks di sebuah hotel di ibu negara pada 23 Mac lalu.


KUALA LUMPUR - Trio 'Datuk T' mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip pemimpin sebuah parti pembangkang.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia berikutan kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan iaitu mengedar bahan lucah yang menjurus kepada penglibatan mereka.
Beliau berkata, kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke pejabat Peguam Negara, Khamis ini.
"Ada kemungkinan mereka akan didakwa kerana ia menjurus kepada pihak yang menayangkan video seks.
"Namun, ia bergantung kepada keputusan pejabat Peguam Negara," katanya ketika dihubungiBernama.
Tambahnya, masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam kertas siasatan itu.
"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas siasatan) pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu maklum balas daripada pihak yang menyediakan dua perkara yang tidak boleh didedahkan dahulu," katanya.
Ditanya sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata:
"Polis tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka. Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku."
Pada 21 Mac lalu, video seks itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh sekumpulan lelaki dikenali sebagai 'Datuk T' di Hotel Carcosa Seri Negara.-kosmo

Monday, April 18, 2011

Peguam negara dijangka akan tetap mendakwa Anwar Ibrahim: Saifuddin Nasution



Saya merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.
Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.
Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.
Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.
Parti Keadilan Rakyat kesal kerana pihak kerajaan terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
18 April 2011

Dipetik daripada blog Datuk Seri Anwar Ibrahim

Hadi tidak lemah



RUSILA – “Kepimpinan Presiden Pas tidak lemah bahkan makin baik, makin terserlah. Presiden mampu menangani isu dalam negara bahkan luar negara yang kian mencabar hari ini,” kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Beliau berkata demikian me-ngulas Pas Bukit Bintang yang mencalonkan Datuk Husam Musa bertanding sebagai Presiden Pas dipegang Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abu Hadi Awang sekali gus mencetuskan persepsi bahawa kepimpinan Abdul Hadi dipertikai.

Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sebenarnya tiada pimpinan lain dalam parti itu dapat menangani masalah umat Islam dengan lebih baik berbanding Presiden Pas dan ia turut diakui oleh Husam sendiri.

“Ia juga perkara yang jarang berlaku, macam tidak ada dan saya fikir pencalo-nan itu pun tidak perlu berlaku. Tetapi saya tidak melihat ia adalah perpecahan tetapi hanya sebagai satu perhatian daripada (Pas) Bukit Bintang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang merasmikan Himpunan Muslimat (Himat) peringkat negeri di Masjid Rusila di sini.

Terdahulu, Abdul Hadi ketika berucap sebelum merasmikan Himat yang dihadiri lebih 5,000 ahli dan pengikut Pas mengajak seluruh rakyat negeri ini bangkit dan berjuang habis-habisan bagi melakukan perubahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Usaha itu, kata beliau, bagi merampas semula pemerinta-han negeri ini daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, kerajaan BN jelas menolak Islam apabila menentang habis-habisan usaha Pas untuk meletakkan al-Quran dan as-Sunnah, Imak serta qias sebagai hukum tertinggi bagi Kerajaan Negeri yang telah mendapat restu Sultan Negeri Terengganu.

“Namun, apabila kerajaan BN mengambil alih pemerintahan daripada Pas pada 2004 undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan,” katanya.

Tanggung sengsara bersama



SUNGAI MANIK- Kesukaran seorang adik menjaga kakaknya yang buta akibat kemalangan mendapat perhatian Badan Amal Dan Usaha Isteri-isteri Wakil Rakyat (Baiduri) Dewan Undangan (DUN) Sungai Manik, di sini,

Mohd Noor Mohd Nordin, 30, berkata, kakaknya, Siti Norimah Mohd Nordin, 36, mengalami kemalangan pada 2004 ketika menunggang motosikal di kawasan Chenderong Balai.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan Siti Norimah mengalami patah kaki kiri dan mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan selama sebulan.

"Kesan insiden itu menyebabkan penglihatan kakak semakin terjejas dan dalam tempoh beberapa bulan dia terus tidak dapat melihat lagi sehinggalah sekarang," katanya ketika ditemui di kediamannya di Parit 6A, semalam.

Sinar Harian difahamkan, Siti Norimah turut mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi yang memerlukannya melalukan rawatan dialisis darah setiap tiga kali seminggu.

Mohd Noor berkata, segala urusan perbelanjaan dan perubatan kakaknya ditanggung melalui bantuan Baitulmal yang diperoleh setiap bulan.

Katanya, pendapatannya yang bekerja sendiri sekitar RM400 sebulan tidak cukup untuk menampung mereka terutama bekalan perubatan dan rawatan di hospital.

Setiausaha Baiduri, Mariah Mohd Tahir berkata, pihaknya akan membawa masalah itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perhatian sewajarnya.

“Keadaan Siti Norimah yang tidak dapat melihat sejak tujuh tahun itu perlu dibantu, Baiduri akan membantu bagi meringankan beban yang ditanggung kedua beradik ini,” katanya.

Dua beranak kongsi derita



KUANTAN – Penyakit saraf yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu menyebabkan Mizam Abdul Aziz, 50, tidak mampu menguruskan rumah tangganya apatah lagi mahu menjaga anak bongsunya, Intan Azizah Halimah Maimunah, 8, yang mengidap penyakit jantung kronik.

Menurut ibu kepada lima orang anak ini, Intan disahkan mengidap penyakit jantung sejak lahir dan perlu menjalani beberapa pembedahan.

“Kini, anak saya ditempatkan di Unit Rawatan Progresif (PCU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan berada dalam keadaan koma sejak Rabu lepas (13 April). Saya sendiri tidak berpeluang untuk melawatnya kerana keadaan tidak mengizinkan.

“Suami dan anak-anaklah yang berulang-alik ke hospital untuk menjaga Intan. Jika saya mampu bergerak jauh, saya mahu berada di sisi anak bongsu saya sepanjang masa. Kasihan dia, kecil lagi sudah menanggung derita,” katanya yang ditemui ketika lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong bersama Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tengah/ Kampung Jawa, semalam.

Pada lawatan tersebut, Mizam merupakan salah seorang daripada lima keluarga yang menerima sumbangan wang daripada ADUN Teruntum serta Ahli JKKK Kampung Tengah/ Kampung Jawa.

Kata Mizam, sumbangan yang diterima secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan beban keluarga.

“Sebelum ini, saya memang tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak meskipun saya telah didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

“Anak kedua saya juga baru mula bekerja tidak sampai sebulan mengalami kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Kini, dialah yang menjaga saya di rumah jika adik-adik lain bersekolah,” katanya.

Anak keduanya, Iqlima Mohd Zambri, 19, berkata, meskipun mengalami kecederaan sewaktu ditimpa kemalangan, namun itu tidak menghalangnya untuk membantu ibunya menguruskan kerja-kerja rumah.

“Saya akan cuba membantu selagi termampu. Sebagai seorang anak, jika ibu dan ayah susah, kita tidak seharusnya menambah beban mereka lagi. Sebaliknya, kita perlu berusaha untuk membantu mereka.

“Walaupun masih muda, tetapi saya sedar tanggungjawab kepada keluarga tidak harus diabaikan. Buat sementara waktu ini, biarlah saya duduk di rumah menjaga ibu,” katanya.

Prihatin melihat nasib menimpa keluarga ini, Hong Seong akan cuba mendapatkan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan Mizam selewat-lewatnya minggu depan.

“Saya juga akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk datang melawat keluarga ini sekali gus memberi bantuan bulanan kepada mereka. Sepatutnya Mizam layak menerima bantuan JKM kerana dia mempunyai kad OKU,” katanya.

Luah masalah di facebook punca perceraian



KUALA TERENGGANU – Konflik rumah tangga antara suami isteri sudah tidak menjadi rahsia antara pasangan apabila perkara itu dibincangkan secara umum melalui laman sosial ‘facebook’.

Perunding Motivasi dan Kaunselor berdaftar, Hushim Salleh mengakui, pendedahan secara terbuka itu membimbangkan walaupun ia sepatutnya menjadi kerahsiaan dan tidak patut diketahui orang lain.

Menurutnya, keadaan itu bertambah parah apabila krisis yang sepatutnya boleh dileraikan dengan cara baik akan mendorong kedua-duanya bertindak menamatkan hubungan masing-masing dengan perceraian.

“Sepanjang Januari hingga awal April lalu, kira-kira 15 hingga 20 peratus suami atau isteri yang berjumpa dengan saya kerana masalah perkahwinan telah menggunakan ‘facebook’ untuk meluahkan perasaan masing-masing.

“Penggunaan facebook bagi tu-juan itu bertambah mendadak berbanding tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi selepas Seminar Keunggulan Keluarga (Pengurusan Stress dan Konflik dalam Rumahtangga) di Dewan Auditorium di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Kompleks Seri Iman, semalam.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama JHEAT, Rozali Salleh turut hadir merasmikan seminar tersebut selain Ketua Penolong Pesuruhjaya (Undang-Undang Keluarga), Ismail Abdul Ghani. Kata Husim, perkara itu berlaku disebabkan pasangan tersebut tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga kerahsiaan rumahtangga.

Katanya, kerahsiaan itu perlu dipelihara dan jauh sekali membincangkan secara terbuka di facebook.

“Penyelesaian terbaik adalah menggunakan kaedah bersemuka dengan pasangan masing-masing dengan mengkaji punca wujudnya konflik,” katanya.

Beliau menjelaskan, kaedah tersebut lebih berkesan kerana ia merangkumi komunikasi dan pandangan antara dua pihak, pandangan mata, luahan dari hati dan belaian kasih sayang.
Sebaliknya, keadaan itu amat berbeza dengan kaedah facebook yang boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pasangan terlibat.

“Apabila mereka tulis melalui facebook, mungkin rakan akan mengulas sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan pada pasangan dan ini akan memberi kemudaratan kepada hubungan itu.

“Menggunakan facebook umpama meminta nasihat daripada mesin, ada perasaankah mesin itu, ada kerohaniankah, ada emosikah? Jadi, suami isteri perlu elak facebook dan jangan orang tahu kerahsiaan suami isteri,” katanya.

Nik Aziz kesal dituduh kahwin tiga



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal kerana dituduh berkahwin tiga ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berakhir kelmarin.

"Sampai begitu sekali mereka usaha burukkan imej saya. Mereka kata saya kahwin tiga. Saya sendiri pun tak tahu saya kahwin tiga. Namun ini semua tidak berkesan. Buktinya undi yang kita terima meningkat," katanya di sini, semalam.

Meskipun Pas tewas kesemua kerusi yang ditandingi, Nik Aziz berkata, pihaknya tetap berpuas hati dengan peningkatan undi yang diterima, khususnya kawasan yang ditandingi Pas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat Sarawak semakin menerima kehadiran pakatan di negeri itu terutama kawasan yang dimenangi DAP walaupun berlaku ketidakadilan dalam perjalanan pilihan raya terbabit.

“Barisan Nasional (BN) gunakan segala kemudahan kerajaan termasuk radio, televisyen dan akhbar tetapi, kita berjaya tingkatkan undi begitu banyak dan kita mempunyai harapan yang tinggi di akhirat kelak,” katanya.

Pada pilihan raya negeri itu, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, PKR tiga, manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

Manakala Pas yang bertanding di lima kawasan gagal memenangi sebarang kerusi, walaupun di peringkat awal dijangka dapat merampas kerusi Beting Maro.

Nik Aziz berkata, peluang Pas untuk terus bertapak di Sarawak semakin meluas kerana generasi muda yang ada terdedah kepada maklumat selain sokongan dari penduduk bandar yang memberikan undi sepenuhnya kepada parti itu.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam tindakan BN yang menggunakan serangan peribadi termasuk memanipulasi kes dakwaan zina terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan sokongan.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, peningkatan undi Cina terhadap DAP berkemungkinan kerana mereka terpengaruh bahawa PR akan membentuk kerajaan baru di negeri itu.

“Mungkin mereka tersilap percaturan kerana percaya dakyah DAP dan apa pun kemenangan BN di Sarawak membuktikan mereka tetap mahukan kemajuan dan perpaduan yang dibawa BN,” katanya.

Kemenangan 15 kerusi bukti PR berjaya kukuhkan kedudukan

KUALA LUMPUR: Walaupun hanya menang 15 kerusi, penganalisis politik berpendapat ia adalah satu keputusan yang tidak dijangkakan dan menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengukuhkan kedudukannya di Sarawak.Bagaimanapun, para penganalisis berkata hanya Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menunjukkan peningkatan sokongan yang memberangsangkan berbanding Parti Keadikan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).PR memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.Calon Bebas memenangi satu kerusi.'Bagi Pakatan Rakyat, mereka mengukuhkan lagi kedudukan terutamanya DAP, yang telah mendapat 12 kerusi berbanding sebelum ini, enam. Ini menunjukkan pengundi masih bersama Pakatan di kawasan bandar.'Peningkatan sokongan ini menunjukkan BN perlu melakukan sesuatu untuk menyekat sokongan kepada Pakatan Rakyat,' kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.Katanya, walaupun PR merupakan parti dari Semenanjung, jumlah kerusi yang dimenangi perikatan tiga parti itu menunjukkan perubahan sudah berlaku.'Peningkatan ini juga mungkin menunjukkan pengundi mahukan keseimbangan dalam DUN Sarawak. Namun begitu, nampaknya bukan semua pengundi masih boleh menerima parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia,' katanya.Jelas Dr Sivamurugan, faktor utama kemenangan besar BN adalah sumbangan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang membantu jentera parti itu.'Tapi cabarannya adalah memastikan apa yang dijanjikan semasa kempen dilaksanakan supaya momentum itu dapat dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-13.'Mungkin pengundi di Sarawak mahu memberikan satu lagi peluang kepada BN supaya jurang antara bandar dengan luar bandar dapat dikurangkan terutamanya jurang antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri selain mahu melihat Najib melakukan lebih banyak perubahan,' katanya.Bagi Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat, DAP membuktikan parti itu berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar.Jelasnya, keputusan yang diperoleh PR itu masih belum dapat menyaingi BN yang mempunyai pengaruh kuat di Sarawak.'Saya melihat daripada keputusan itu secara keseluruhannya memang BN dapat majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan kemenangan besar BN. Namun, kalau kita melihat kawasan yang dimenangi DAP, ia menunjukkan peningkatan parti itu, begitu juga dengan PKR.'Ini menunjukkan peningkatan kepada PR dalam pilihan raya Sarawak ini. Tapi secara keseluruhan, BN masih berada dalam keadaan cukup selesa,' katanya.Sementara itu, PKR bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin setelah calonnya, Dr Michael Teo Yu Keng, kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada BN.Naib Presiden PKR, Encik Tian Chua, menyuarakan rasa tidak puas hatinya berikutan keengganan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Encik Chai Ko Het, mengira semula undi di pusat penjumlahan undi malam tadi.'Kami tidak puas hati, beliau (Encik Chai) tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu,' katanya.Datuk Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Nicolas Cage ditahan kerana mabuk



NICOLAS Cage bersama isterinya, Alice Kim Cage. - AGENSI


LOS ANGELES 17 April - Pelakon, Nicolas Cage ditangkap di New Orleans selepas mabuk dan bertengkar dengan isterinya di French Quarter satu tempat popular di negeri itu.
Cage yang memenangi anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai pemabuk dalam filem Leaving Las Vegas pada 1995, ditangkap selepas polis mendekatinya ketika dia sedang bertengkar dengan isterinya di jalan raya.
''Pelakon berumur 47 tahun itu mabuk di French Quarter,'' kata pegawai polis New Orleans, Garry Flot dalam satu kenyataan.
Flot berkata, dia dan isterinya sedang berdiri di hadapan sebuah rumah dan menyatakan ia merupakan rumah yang disewa mereka.
''Bagaimanapun, isterinya menafikannya dan Cage menarik tangannya dan membawa ke rumah itu. Cage kemudian memukul kenderaan dan mula memasuki sebuah teksi.
''Saksi yang melihat kejadian itu memanggil polis yang kemudian melihat Cage mabuk dan mengarahkan dia keluar dari teksi itu yang menyebabkan pelakon itu mula menjerit-jerit,'' ujarnya.
Beliau berkata, dia melihat isteri Cage tidak cedera.
Polis menahan pelakon itu atas dakwaan keganasan rumah tangga dan mengganggu ketenteraman awam.
Menurut dokumen daripada pejabat Syerif, Cage dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS11,000 (RM33,000).
Alice Kim Cage merupakan isteri ketiga pelakon itu dan mereka mempunyai seorang anak. - AFP, Utusan

Kawasan kubur aneh dibersihkan



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Gua Musang bergotong-royong membersihkan kawasan kubur lama di Kampung Batu Melintang semalam.


GUA MUSANG - Selepas lebih tiga tahun terbiar, kawasan perkuburan lama yang didakwa mempunyai batu nisan 'hidup' di Kampung Batu Melintang dekat sini akhirnya dibersihkan semalam.
Seramai 20 anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang dan anggota Bomba Sukarela Kuala Sungai, di sini mengambil inisiatif membersihkan kawasan perkuburan itu yang sebelum ini dipenuhi semak-samun.
Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Gua Musang, Rosli Che Sulaiman berkata, gotong-royong itu bertujuan memudahkan waris atau pelawat menziarahi kubur sambil melihat sendiri keunikan batu nisan di situ.
"Saya tertarik dengan cerita mengenai kubur ini yang disiarkan Kosmo! baru-baru ini. Atas sebab itu kami perlu membantu membersihkan kawasan ini," katanya di sini semalam.
-kosmo

Pelacur Britain buat pengakuan mengejut


LONDON - Seorang pelacur, Helen Wood membuat pendedahan mengejut apabila menyatakan dia berasmara dengan beberapa bintang bola sepak kelab Manchester United (MU) dengan bayaran £600 (RM2,961), lapor beberapa buah akhbar semalam.
Pelacur itu sebelum ini pernah melakukan hubungan seks bersama seorang bintang MU, Wayne Rooney dengan melibatkan tiga orang.
Namun, dia membuat pendedahan sensasi dengan menyatakan pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa pelakon dan seorang hakim selain beberapa bintang MU bertaraf jutawan.
Pelacur berusia 24 tahun itu menyatakan, dia juga pernah melakukan hubungan seks dengan seorang ahli politik dari Dublin, seorang pegawai kanan polis, seorang juruterbang dan seorang tetamu asing yang dihormati yang melawat Britain.
Ibu tunggal itu mendedahkan dia dibayar oleh seorang pemain MU untuk melakukan hubungan seks melibatkan lima orang di rumahnya dan sebuah hotel mewah di Manchester.
Namun, dia memberitahu hubungannya dengan pemain berkenaan rengang selepas dia dilihat diperkenalkan kepada Rooney.
Menurutnya, Rooney yang sudah berkahwin ketika itu tidak pasti kadar bayaran seks yang perlu dibayar untuk melanggan pelacur tetapi dia menyerahkan wang tunai sebanyak £1,000 (RM4,935) untuk menempahnya dan seorang lagi pelacur, Jenny Thompson.
Helen berkata, seorang lagi bintang liga perdana Inggeris menempah sebuah bilik di sebuah hotel.
Menurutnya, bintang kelab bola sepak Chelsea itu membayarnya £800 (RM3,948) untuk pekerjaan yang sepatutnya dibayar £220 (RM1,085).
Pelacur itu mendedahkan, dia turut mengambil bahagian dalam permainan penderaan seks dengan seorang hakim dan seorang pegawai kanan polis. - Agensi, kosmo

Sunday, April 17, 2011

Derita warga emas dibela



PENGKALAN PASIR – Pasangan warga emas di sini gembira apabila menerima kunjungan dari pemimpin tempatan yang berkunjung ke rumah mereka di Kampung Kubang Nyamuk di sini.

:Ismail Mamat, 80 dan isterinya, Hawa Idris, 80 tinggal bersama cucunya dan mereka saling membantu di antara satu sama lain.

Kedua-dua mereka yang mempunyai penyakit tua terutama Ismail yang mempunyai masalah penglihatan.

Ismail berkata, penglihatannya semakin kabur akibat usianya yang semakin lanjut sehingga menyebabkan kerosakan di selaput matanya.

Menurutnya, keadaan tersebut berlaku sejak dua hingga tiga tahun yang lepas dan hanya bertahan dengan penyakit tersebut.

“Kami dijaga cucu dan hanya dia tempat kami bergantung hidup di samping bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM120 setiap bulan.

“Selebihnya, kami mendapat bantuan dari cucu dan empat orang anak yang semuanya sudah berkeluarga dan tinggal berjauhan bersama keluarga masing-masing,” katanya yang menerima bantuan sejak tahun 2010.

Sementara itu, Penyelaras DUN Pengkalan Pasir yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Pasir Mas, Abdul Aziz Mohamad berkata, kunjungan yang sering dilaksanakan bagi mendekatkan diri dengan rakyat.

Menurutnya, kunjungan dan lawatan ini mendapat maklum balas yang baik dari rakyat akar umbi bagi mengetahui masalah dan sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila adanya kunjungan seperti ini, kita dapat menyelami masalah rakyat terutamanya mereka yang kurang berpendapatan selain dapat membantu mengurangkan beban mereka.

“Kita jadikan aktiviti ini sebagai perkara membantu meringankan beban rakyat selain beramah mesra dengan rakyat,” katanya.

Abdul Hadi terima anugerah



MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima anugerah Tokoh Alim Rabbani dari Universiti Islam Yala, di Patani, Thailand, kelmarin.

Abdul Hadi Awang satu-satu tokoh ulama di luar Thailand dan rantau nusantara menerima anugerah Tokoh Alim Rabbani diperkenalkan Universiti Islam Yala (YIU). Gelaran tokoh itu sama taraf dengan ijazah kehormat diperkenalkan tujuh tahun lalu.

Sebelum ini anugerah serupa diberi kepada tokoh ulama yang banyak berjasa dalam bidang dakwah di empat wilayah selatan Thailand, terutama pengasas pusat pengajian pondok. Pernah menerima anugerah itu Syeikhul Islam Negara Thailand dari Bangkok.

Penyampaian tokoh tersebut diadakan sempena program Multaqa Muslimat yang dianjurkan universiti itu di kampus Pattani, kelmarin. Multaqa berkenaan berjaya menghimpunkan Muslimat dari seluruh Thailand berserta wakil Malaysia dan Indonesia.

Turut serta Exco kerajaan Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Muhammad Fadhli Hassan, Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa Pas, Mohd Faiz Md Nawi.

Dekan Fakuliti Sastera dan Sains Kemasyarakat YIU, Profesor Madya Sukree Langputeh berkata, pemilihan tokoh tersebut bukan mudah untuk dilakukan pihak senat universiti berkenaan.

Katanya, tokoh yang diberi adalah pendakwah yang benar-benar menjadikan Islam sebagai amalan dalam kehidupan harian dan Abdul Hadi tokoh Islam disegani di Asia Tenggara yang menjadikan rutin hariannya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

“Selain itu beliau juga mengarang banyak menghasilkan buku mengenai agama yang menjadi rujukan umat Islam,” katanya ketika membaca biodata Presiden Pas sebelum upacara memakaikan mislah (jubah) Tokoh Alim Rabbani pada majlis yang diadakan di universiti itu.

Pemakaian mislah dilakukan Rektor YIU, Dr Ismaillutfi yang turut disaksikan Timbalan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand, Harapabara, Gabenor Pattani, Nipon Narapitakkul dan peserta.

Roboh



SUNGAI CHOH - Lebih 30 penempatan haram didirikan di atas rizab sungai, di sebalik tembok sebuah kilang pengeluar konkrit di sini dirobohkan pihak penguat kuasa dalam operasi bersepadu semalam.
Operasi bersepadu melibatkan enam agensi termasuk pihak polis itu bermula jam 10 pagi dan berakhir lewat petang semalam.
Pegawai Daerah, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, penempatan haram itu dibina daripada kabin dan sebahagiannya kayu yang membentuk rumah kongsi didiami kira-kira 500 pekerja asing.
Menurutnya, aduan awal diterima daripada Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) yang mengalami kesukaran dalam melakukan kerja pembersihan sungai di sepanjang Sungai Choh hingga ke Sungai Garing, Rawang kerana terdapat sampah berupa kayu dan bahan binaan.
“Menurut JPS, apabila melakukan pemantauan mereka mendapati berlaku pencemaran sisa buangan industri berdekatan kawasan ini.
“Mereka juga mendapati wujud beberapa kediaman didirikan atas rizab sungai milik pekerja kilang yang turut menyumbang kepada pencemaran sungai.
“Bertindak atas maklumat itu, kita datang menyiasat dan jelas tindakan mendirikan penempatan di kawasan ini menjadi satu kesalahan,” katanya yang ditemui ketika meninjau operasi meroboh berkenaan.
Operasi itu disertai 110 penguat kuasa daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDHS), Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah, JPS Daerah, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Polis Diraja Malaysia.
Turut serta, Pegawai Yang Menjaga, JPS Hulu Selangor, Abdul Rahman, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Daerah, Asisten Superintendan Mohd Taib Songoh dan Ketua Polis Balai Serendah, Inspektor Syamsul Bahrain Ahmad.
Nor Hisham berkata, pihak kilang terbabit diberi notis mengosongkan kawasan dan meroboh yang tamat pada 13 April lalu.
Menurutnya, keingkaran mematuhi notis tersebut membawa kepada tindakan meroboh yang dijalankan semalam.
“Tindakan ini bagi mengelak masalah yang lebih buruk seperti banjir kilat kerana berlaku pembuangan sampah tidak terkawal di kawasan ini.
“Malah, penempatan mereka juga tidak selamat dan mampu mengundang kesan lebih buruk,” katanya.
Menurut Nor Hisham, penempatan tersebut bukan saja didiami pekerja kilang bersebelahan, malah jambatan yang dibina merintangi sungai dan menghubungkan kawasan Kampung Mohd Taib membuktikan ada pekerja lain yang tinggal di kawasan itu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan penghuni kabin di situ mewujudkan kedai makan untuk keperluan mereka.
Operasi meroboh dilakukan menggunakan tiga jentolak milik JPS dan JKR. Kerja-kerja pembersihan sepenuhnya kawasan itu dikatakan mengambil masa dua hari.

Wanita empat anak perlu bantuan baiki rumah



PASIR PANJANG – Bukan mudah membesarkan empat anak dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan terutamanya bagi seorang ibu.

Namun semangat dan kecekalan Siti Latifah Uteh, 46 membolehkannya mendidik dan membesarkan anaknya sehingga ada yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam pada peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Siti Latifah berkata, biarpun kehidupan sempit dengan pendapatan itu dia masih mampu menyediakan keperluan harian dan pendidikan anaknya sejak hampir 10 tahun lalu.

“Saya bekerja di kilang kerepek dan dengan pendapatan itulah saya menyekolahkan anak-anak dan kini masih ada dua lagi yang bersekolah.

“Alhamdulillah, anak yang pertama kini sudah bekerja dan sebelum ini mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ketika menyambung pelajarannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Sementara itu, anak keduanya sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD di Universiti Malaya dan mendapat biasiswa.

“Anak banyak membantu meringankan kesempitan hidup dan jika tiada pinjaman dan biasiswa ini, saya tidak mampu menampung perbelanjaan pendidikan mereka,” katanya.

Namun dengan pendapatan kecil serta tanggungjawabnya besar, Latifah tidak mampu membaikpulih rumahnya.

“Hendak menyediakan wang membaiki rumah ini terutamanya di bahagian dapur sememangnya saya tidak mampu.

“Hendak memohon bantuan kami tidak tahu salurannya dan terpaksalah bahagian rumah yang uzur dibiarkan begitu sahaja tanpa dapat dibaik pulih,” katanya.

Raja Petra janji pulang


KUALA LUMPUR 16 April – Pengendali laman blog antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin berjanji akan pulang ke tanah air untuk berhadapan dengan dakwaan memfitnah Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin jika Peguam Negara mahu berbuat demikian.

Raja Petra berkata, beliau akan mengaku bersalah dan rela dipenjarakan jika dituduh memfitnah Azmi dan bukannya dituduh untuk jenayah yang tidak dilakukannnya.

“Itu janji saya jika mereka berjanji untuk mendakwa saya atas jenayah yang betul, tetapi saya sesekali tidak akan berhadapan dengan tuduhan memfitnah ‘tiga orang’ ( isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kolonel Norhayati Hassan dan Kolonel Aziz Buyong) yang saya tidak fitnah itu.

“Mereka (Peguam Negara) mesti berjanji bahawa ia adalah satu-satunya tuduhan yang akan saya hadapi dan bukannya menambah tuduhan-tuduhan bagi jenayah yang lain,” katanya dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Raja Petra berkata, selama tiga tahun media prokerajaan dan propembangkang telah memutar-belit fakta di dalam Akuan Bersumpah yang dibuatnya pada Jun 2008 dengan mengatakan bahawa beliau telah menuduh Rosmah, Norhayati dan Aziz berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

“Dari semasa ke semasa saya cuba membetulkan persepsi salah ini. Saya telah cuba tetapi tidak berjaya untuk menerangkan bahawa saya tidak membuat tuduhan sedemikian.

“Sebaliknya, apa yang saya dakwa adalah Leftenan Kolonel Azmi yang membuat dakwaan tersebut memandangkan dia adalah orang nombor dua di dalam Cawangan Khas perisikan tentera, jadi ini bukan calang-calang orang yang bercakap tentang seseorang yang penting di dalam kerajaan,” jelasnya.

Katanya, beliau juga tidak pernah menafikan bahawa telah menandatangani Akuan Bersumpah pada 2008 kerana tandatangan dan namanya tertera di dalam dokumen itu.

“Menuduh saya kerana memfitnah Rosmah, Kolonel Aziz dan Kolonel Norhayati adalah dakwaan yang salah. Tuduhan yang betul adalah saya memfitnah Leftenan Kolonel Azmi,” katanya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Cikgu Maarof ditukar

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri: "

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my
BATU PAHAT 16 April - Maarof Abd. Mutalib (gambar), suami kepada calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari lalu diarahkan bertukar ke sekolah lain selepas didapati menyalahgunakan cuti sakit untuk berkempen bagi pihak isterinya.

Maarof yang dilihat membantu isterinya, Normala Sudirman berkempen pada pilihan raya kecil itu dengan mengambil cuti sakit selama 21 hari, diarahkan bertukar berkuat kuasa 1 April lalu ke sebuah sekolah menengah di daerah lain di negeri ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Maarof turut melakukan satu lagi kesalahan serius iaitu mengingkari peraturan yang tidak membenarkan seorang guru terlibat dalam kempen pilihan raya.

'Sebagai seorang guru beliau tidak sepatutnya terlibat dalam kempen pilihan raya. Jadi dua kesalahan besar.

'Apa yang saya difahamkan, kita sudah ambil tindakan dengan menukarkan beliau ke tempat lain, keterangan lanjut kena tanya Pengarah Pelajaran Negeri,' katanya selepas Majlis Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Markom Giran ketika dihubungi mengesahkan arahan pertukaran Maarof itu.

Pada pilihan raya kecil itu, Normala tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd. Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi."

Makin ramai lelaki 'tak pandai ayat'


GLASGOW: Hubungan romantis antara pasangan lelaki dan wanita semakin berkurangan kerana si lelaki sudah lupa seni memikat wanita, menurut kajian di Britain.


Kebanyakan wanita di Britain tidak lagi mendapat hadiah daripada kekasih masing-masing, sesetengahnya lebih daripada setahun, lapor The Daily Express
Berikutan keadaan itu, seorang setiap lima wanita tidak lagi memikirkan mengenai bila pasangannya akan memberi bunga sebaliknya membeli sendiri bunga berkenaan. Dalam tinjauannya, syarikat insurans Sheilas Wheels juga mendapati semakin ramai pemuda tidak mengetahui seni memikat.

Malah, seorang setiap 10 lelaki bawah 25 tahun beri hadiah tidak disukai pasangan ketika keluar bersama kali pertama.

Sebahagian besar pemudi membayar separuh atau semua bil kali pertama keluar dengan teman lelaki. – Agensi
Berita Harian Online | Makin ramai lelaki 'tak pandai ayat'

Sabariah setia tunggu Ameng


SEBAB nila setitik rosak susu sebelanga, sebab dadah durjana, keluarga penyanyi popular bernama Ameng ini berdepan situasi yang perit. Semoga kisah Ameng, penyanyi kelahiran Besut, Terengganu ini menjadi iktibar kepada semua kerana setiap manusia itu tidak pernah sempurna kejadiannya.


BENARLAH, melepaskan insan tersayang untuk berdepan sebuah hukuman itu terlalu perit. Pedihnya sampai tidak tergambar oleh kata-kata. Mungkin, hanya individu terpilih sahaja diberikan ujian sebegitu dan mampu menangani saat itu.
“Sampai akhir hayat saya sekalipun, saya akan tetap tunggu Ameng. Sebusuk-buruk mana sekalipun dan sejahat-jahat mana sekalipun, dia tetap suami saya, bapa kepada anak saya, Haikal. Dia suami dan bapa yang baik,” itu kata-kata seorang isteri yang masih menebal traumanya.
Sebaknya dapat dikesan walaupun penulis sekadar berhubung di talian telefon. Tangisnya bermula seawal khabar dirinya, penulis usulkan. Dia Sabariah Zakariah, 41, seorang isteri dan ibu yang sedang teruji di segenap penjuru.
“Saya kenal Ameng sejak 1992. Dia tidak jahat seperti sangkaan sesetengah pihak, dia tidak jahat. Jahat sangatkah dia sampai begitu sekali hukuman yang diterima,” rintihnya dalam nada yang tersekat-sekat, bagai tangis yang basah bersiram di setiap urat darah.
Tambah Sabariah, Ameng berpesan, supaya dia selalu ingatkan anak mereka, Wan Amar Haikal.
“Selalu ingat dan kenal akan ayahnya. Pesanan Ameng juga, supaya saya kerap memutarkan apa sahaja klip video karaoke lagu-lagu nyanyian Ameng ketika bersama Spring mahupun solo.
“Dia juga pesan, supaya saya tidak terlalu memikirkan tentang dirinya, takut memudaratkan saya pula. Kalau datang melawatnya di Penjara Kluang, Johor, tolong bawa Haikal bersama,” kata Sabariah.
Hari-hari kelam Sabariah bermula seawal dia dan Ameng ditangkap pada 1 Februari lalu di sebuah hotel di Taman Melaka Raya berikutan tuduhan memiliki dadah.
Sejak saat itu, lebih dua bulan mereka merengkok di dalam penjara di Sungai Udang, Melaka dan dipisahkan oleh dua blok bangunan yang berbeza.
Pada Rabu lepas, Ameng dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh mahkamah. Ameng mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah dan memasukkan bahan itu ke dalam badannya pada awal Februari lalu. Dakwaan ke atas Sabariah digugurkan, dan dibebaskan daripada sebarang hukuman.
“Sehari sebelum keputusan dibacakan, peguam ada datang berjumpa saya. Katanya, saya mungkin akan dibebaskan jika Ameng membuat pengakuan atas semua dakwaan.
Serik hidup di penjara
“Ameng rela hati mahu mengaku bersalah supaya dia yang menanggung segala hukuman. Dia reda dan mahu saya bebas untuk terus menjaga amanah kami (anak). Dia tak mahu melibatkan saya dan anak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya tapi setidak-tidaknya, saya sudah kenal perit hidup dipenjara. Dua bulan saya terkurung, terpinga-pinga dan menanggung sengsara yang amat sangat, rindukan anak dan suami. Perasaan dalam penjara itu sangat berlainan.
“Itu baru dua bulan, inikan pula untuk tempoh selama lapan tahun. Saya boleh bayangkan azab yang akan ditanggung Ameng tambah lagi dengan 10 sebatan. Saya tahu, dia bukan jenis yang kuat,” luah Sabariah.
Bukan merintih merayu simpati, jauh sekali meminta bantuan, Sabariah hanya mahukan pengertian. Dia juga tidak sedih atau terkilan. Sepanjang kes berjalan, tiada seorang pun rakan atau pihak dalam industri hiburan yang muncul bertanya khabar. Sampai ke tahap itu, hinanya mereka di mata umum.
“Ameng sudah reda, dia juga pesan supaya saya jangan berdendam dengan sesiapa, jangan menidakkan kerja pihak media, jangan marah jika dicemuh masyarakat. Saya reda dengan semua ini. Selepas saya dibebaskan, hanya Iskandar, salah seorang bekas ahli kumpulan Spring yang berhubung dengan saya. Dia yang banyak memberi sokongan. Saya hargai sangat sesiapa yang hubungi saya bertanyakan khabar,” katanya yang kini menetap bersama anak dan keluarga di Melaka.
Nasib ada keluarga serta kawan-kawan yang memberi sokongan dan setelah hampir seminggu dibebaskan, wanita itu masih tidak ke mana-mana, tidak mampu untuk bertemu sesiapa.
“Saya jadi takut untuk jumpa orang. Nak tengok akaun Facebook pun takut. Pantang duduk seorang, pasti menangis,” katanya yang sudah memasang tekad untuk pulih daripada sejarah hitam.
Tutup perbualannya, doa Sabariah, biarlah Ameng tenang menadah hukuman dunia.
“Semoga dia tenang dan sentiasa mengingati Tuhan,” ungkapnya perlahan.
Kosmo! Online - Hiburan