Mereka menjalankan kempen itu di Facebook, mendirikan laman web mereka sendiri, dan menggodam laman web syarikat-syarikat swasta.
Abu Bakar yang dipercayai pemimpin agama rangkaian Jemaah Islamiah (JI) ditangkap buat kali ketiga pada 9 Ogos lalu kerana didakwa membiayai dan membantu menubuhkan sebuah kumpulan militan baru yang didakwa mahu melancarkan serangan ala Mumbai terhadap warga asing di hotel-hotel mewah dan kedutaan Barat di ibu negara.
Jika didapati bersalah, Abu Bakar boleh dikenakan hukuman mati.
"Segala-galanya bohong!" tulis pengguna Facebook, Asy'Hari Siregar yang pernah menyertai ratusan penunjuk perasaan memprotes penangkapan Abu Bakar sebelum ini.
Namun kali ini, jalan-jalan di Jakarta kebanyakannya lengang kerana penduduk menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadan.
Penyokong Abu Bakar yang lain mendakwa dia menjadi mangsa konspirasi Amerika Syarikat (AS).
Penganalisis di Universiti Awam Jakarta, Robertus Robert berkata, walaupun puak militan giat menggunakan ruang siber, mereka tidak mungkin menghentikan protes jalanan sama sekali.
"Cuma mereka menganggap laman web sebagai cara untuk meluaskan kempen mereka," katanya.
Dalam masa beberapa jam selepas Abu Bakar ditangkap, pengikut mendirikan laman webfreeABB.com yang telah menarik lebih 65,000 pengunjung, dan mewujudkan akaun di Facebook beberapa hari kemudian.
Seorang penggodam komputer yang menggelar dirinya 'ashaburayatisud' turut mencerobohi sekurang-kurangnya 12 laman web termasuk laman web sebuah bank swasta, untuk memaparkan gambar Abu Bakar dan suspek pengganas lain di skrin komputer mereka. - AP
No comments:
Post a Comment