2010/09/21
KUALA LUMPUR: UMNO sentiasa bekerjasama rapat dengan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan mengakui peranan penting kumpulan berkenaan dalam isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Sambil mengakui sumbangan NGO Melayu berkenaan, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata UMNO menolak kerjasama dengan NGO Melayu yang merosakkan matlamat murni perjuangan parti dan dasar kerajaan. UMNO memang berjuang untuk kepentingan Melayu malah, perjuangan itu juga meliputi seluruh rakyat Malaysia berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Kita mengakui peranan NGO Melayu yang membantu dan berjuang bersama UMNO, tetapi jika NGO Melayu berkenaan merosakkan UMNO sudah tentu kita menolak sebarang kerjasama dengan mereka, katanya ketika mengulas desakan beberapa pihak yang mahu UMNO bekerjasama dengan PERKASA berhubung perjuangan mempertahankan hak istimewa orang Melayu.
Tengku Adnan yang dihubungi semalam mengulas kenyataan Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PENAWAR) yang mendesak parti itu bekerjasama dengan PERKASA dan NGO Melayu berjuang mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera.
Presiden PENAWAR, Tan Sri Adam Kadir, berkata majoriti ahli Dewan Tertinggi PENAWAR berpendapat UMNO harus bekerjasama dengan PERKASA dan NGO Melayu lain mempertahankan hak Melayu seperti terkandung dalam Perlembagaan
No comments:
Post a Comment