SHAH ALAM - Dua wartawan TV Selangor hari ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya ketika ditemuramah portal berita itu baru-baru ini.
Wartawan yang dipanggil untuk memberi keterangan itu ialah Radzi Razak dan Zeanaaima Mohd Yusof yang juga pembaca berita portal tersebut.
Mereka yang ditemani peguam Samarudin Md Rejab dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Seksyen 11 di sini pada kira-kira 12.30 tengah hari dan berada di sana selama dua jam setengah, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 Sept lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakannya ketika.
Sosilawati, 47, bersama pemandu, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang 30 Ogos lepas sebelum ditemui mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting

No comments:
Post a Comment