Tuesday, September 21, 2010

Pengajian lima pelajar bermula

 

JASIN – Lima pelajar Sekolah Harapan yang mendaftar semalam mula menjalani sesi persekolahan seperti biasa di sekolah berkenaan. 

Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, mereka yang mendaftar hadir secara sukarela untuk berlindung di sekolah itu. 

“Seramai empat orang pelajar akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang lagi berada di Tingkatan Empat. 

“Masing-masing sudah hamil lebih enam bulan dan tahap kesihatan mereka akan sentiasa pantau dari masa ke semasa," katanya ketika ditemui media di sekolah berkenaan, semalam. 

Semalam, sekolah sama menerima pendaftaran seorang pelajar berbangsa Cina selepas selesai menjalani sesi temu duga, kaunseling dan pemeriksaan kesihatan. 

Menurutnya, pihaknya juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sesi kaunseling menenangkan psikologi pelajar yang sedia maklum dalam keadaan tertekan.: 

Pada masa sama, Ab Rahaman turut menangkis tanggapan Sekolah Harapan hanya disediakan untuk pelajar Melayu, sebaliknya ia adalah untuk semua bangsa seiring gagasan 1Malaysia.: 

"Setakat ini, kami menerima empat lagi panggilan bagi memohon kemasukan di sekolah ini. 

“Walaupun ia dipantau Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tetapi kesaksamaan semua pihak diperlukan dan berikan juga peluang kepada remaja terbabit menjadi warganegara berguna,” katanya.

No comments:

Post a Comment