Saturday, September 18, 2010

Sosilawati banyak menderma kepada taska


Yaakob Sapari (kanan) bersama Presiden Persatuan Taska Selangor, Mahanom Basri menunjukkan album gambar majlis yang disertai oleh Sosilawati ketika menziarahi keluarga Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak. Gambar kanan 50 anggota pergerakan Pemuda Umno menyertai majlis tahlil dan bacaan doa selamat di rumah keluarga pegawai bank CIMB Noorhisham Mohamad di Taman Seraya, Ampang, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya merupakan seorang yang dermawan kerana banyak menyumbang kepada taman asuhan kanak-kanak (taska) di Selangor.
Hakikat itu diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Taska Selangor, Mahanom Basri yang ditemui ketika mengunjungi kediaman Allahyarham di Taman Harmonis, Gombak di sini hari ini.
Menurut Mahanom, Sosilawati seorang yang pemurah dan sangat dermawan serta banyak membantu dari segi kewangan dan khidmat nasihat dalam membangunkan taska di negeri ini.
"Setiap kali menjelang Ramadan, Datuk (Sosilawati) juga tidak pernah lupa untuk menghulurkan sumbangan kepada taska-taska yang dilawatinya.
"Selain itu, Datuk juga sangat dikenali kerana sifat peramah serta sering memberi galakan kepada kami untuk terus memajukan taska,'' katanya kepada pemberita semasa mengetuai rombongan 20 warga taska melawat keluarga Sosilawati, hari ini.
Hadir sama Exco Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari.
Dalam pada itu, ahli motivasi bebas yang turut serta dalam rombongan itu, Rohani Hussin, 51, memberitahu, Sosilawati seorang yang tidak suka menunjuk-nunjuk ketika menghulurkan sumbangan.
"Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu orang tahu sekiranya dia memberi apa-apa sumbangan,'' katanya.

No comments:

Post a Comment