Friday, March 25, 2011

Budak lelaki buang adik’



Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2011/03/25

ANGGOTA polis mendukung bayi perempuan yang dibuang abangnya di Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, semalam.
ANGGOTA polis mendukung bayi perempuan yang dibuang abangnya di Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, semalam.
Bayi perempuan diletak dalam beg ketika ibu keluar cari kerja

JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan ditemui dalam sebuah beg pakaian di tingkat bawah rumah pangsa lima tingkat dekat Taman Larkin Perdana, Larkin di sini, semalam. 

Bayi itu ditemui seorang pemuda yang juga penduduk di rumah pangsa terbabit selepas melihat beg mencurigakan ketika melalui kawasan berkenaan untuk berjumpa rakannya di situ sebelum menghubungi polis jam 12 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata sepasukan polis dari Balai Polis Larkin bergegas ke tempat kejadian sebaik saja menerima maklumat daripada orang ramai.
Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati bayi itu ditinggalkan abangnya yang berusia enam tahun sejurus ibu mereka keluar mencari pekerjaan di sekitar kawasan berkenaan. 

Katanya, bayi terbabit ketika ditemui berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Polis masih menyiasat perkara ini dan kami percaya ia tidak berunsurkan jenayah. Ibu bayi terbabit yang berusia 24 tahun juga sudah dikenal pasti dan kami akan merekod keterangannya bagi membantu siasatan. 

“Saya memuji keprihatinan masyarakat yang membantu menyalurkan maklumat hingga berjaya menyelamatkan bayi berkenaan daripada ditimpa kejadian tidak diingini,” katanya. 
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. 

No comments:

Post a Comment