Friday, March 25, 2011

Misteri Datuk 'T' terdedah

Tiga sahabat karib di sebalik pendedahan video


MISTERI siapa Datuk 'T', tiga sahabat yang mendedahkan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, terdedah kelmarin.
Mereka ialah ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur itu Datuk Shazryl Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim yakin lelaki dalam rakaman video itu ialah seorang pemimpin parti pembangkang.Datuk Shuib bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu kerana tidak sihat.Berikut ialah sebahagian isi kandungan sidang akhbar itu.SIAPA DATUK 'T' (TRIO)?Bukan nama individu tetapi sebaliknya kumpulan tiga sahabat yang saling mengenali sejak sekian lama.Nama Datuk 'T' sengaja digunakan bagi mengelakkan orang ramai mengenali mereka pada awal pendedahan video seks berkenaan.APA PERANAN MEREKA?Datuk Shazryl Eskay Abdullah: Diarahkan oleh Datuk Seri Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV).Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Tan Sri Abdul Rahim dan Datuk Shuib bagi membuat salinan rakaman.Beliau juga meminta Tan Sri Abdul Rahim mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu.'Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut,' katanya.Tan Sri Abdul Rahim: Dihubungi Datuk Shazryl Eskay minggu lalu yang meminta bantuan bagi menyalin video seks itu. Juga bertanggungjawab memilih dan menempah bilik di Carcosa Seri Negara bagi tujuan pendedahan kepada wartawan.Datuk Shuib: Membantu proses menyalin rakaman video. Beliau turut menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, yang juga anak saudaranya supaya diberi peluang menonton rakaman video itu kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh Shazryl Eskay dan Abdul Rahim.MENGAPA PENDEDAHAN DIBUAT?Datuk Shazryl: 'Sebenarnya (selepas) saya menunaikan umrah dan haji, saya rasa dipergunakan oleh Anwar sekian lama. Saya kenal Anwar sejak 1996.'Tan Sri Abdul Rahim: 'Saya mengambil keputusan mendedahkan video seks ini bagi menegakkan kebenaran demi rakyat Malaysia mengenai akhlak sebenar pemimpin utama pembangkang ini.'Kami juga tampil mendedahkan identiti masing-masing kerana tidak mahu pembohongan, fitnah serta putar belit terus berleluasa menjadi asas politik di negara ini yang ditunjangi oleh pemimpin pembangkang tersebut.'MENGAPA PILIH CARCOSA SERI NEGARA?Datuk Shazryl: 'Kita tidak dapat perlindungan daripada polis, jadi saya tanya Tan Sri di mana tempat yang selamat dan Carcosa dikenal pasti. Sebenarnya kita hendak bagi lima orang wartawan sahaja yang tengok tetapi yang datang lebih 20 orang.'MENGENAI PENGLIBATAN DATUK JOHARI ABDUL?Tan Sri Abdul Rahim dan Datuk Shazryl Eskay mendakwa Johari mengakui lelaki dalam rakaman video tersebut adalah pemimpin parti pembangkang berkenaan. Bagaimanapun sebaik pulang daripada menonton video itu, Datuk Johari menghubungi Datuk Shuib meminta wang pelincir. Datuk Johari juga meminta bayaran bagi tujuh ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti. Permintaan itu ditolak.Tan Sri Abdul Rahim: 'Saya segera arahkan semua itu dihentikan. Ini bukan soal beri wang. Kita hendak tegakkan kebenaran. Kita bersusah payah untuk tegakkan kebenaran dan kita menghadapi rakyat Malaysia sebagai hakim yang bijaksana.'Kerana itu walaupun semalam Ahli Parlimen ini (Datuk Johari) cuba membawa tujuh ahli Parlimen untuk temui kita, kita tolak kerana kita tidak berminat sama sekali soal kewangan. Sedangkan misi sebenar untuk melihat kebenaran ini ditegakkan demi rakyat Malaysia'.MENGAPA TIDAK DEDAHKAN KEPADA POLIS?Datuk Shazryl: 'Setiap kali polis dilibatkan, akan dipusing. Selalu akan dianggap konspirasi kerajaan. Saya bukan orang politik. Tapi saya pasti seseorang sudah melakukan sesuatu yang salah. Sebab itu kita biar wartawan yang putuskan. Kita bagi mereka tengok sendiri.'**** **** **** ****

TAN SRI ABDUL RAHIM THAMBY CHIK, 61 TAHUN


  •  Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda)



  •  Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem)



  •  Menyertai Umno pada 1976



  •  Mantan Ketua Pemuda Umno dan



  •  Ketua Menteri Melaka dari 1982-1994.



  •  Pernah dikaitkan dengan kes rogol bawah umur oleh pemimpin pembangkang pada 1994 tetapi tiada pendakwaan dilakukan kerana tiada bukti. Susulan itu, beliau meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka
    DATUK SHAZRYL ESKAY ABDULLAH, 51 TAHUN



  •  Ahli perniagaan yang sudah berumahtangga dan mempunyai empat anak.



  •  Menjadi tumpuan media baru-baru ini ekoran pembabitannya dalam satu kes saman berprofil tinggi di mahkamah.Beliau menyaman ahli peniagaan Encik Yahya Abdul Jalil dan Merong Mahawangsa Sdn Bhd kerana didakwa tidak membayarnya RM20 juta ($8.3 juta) seperti yang dijanjikan bagi perkhidmatannya berkaitan projek jambatan bengkok.



  •  Mantan konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi



  •  Mantan wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO)



  •  Mantan pakar fisioterapi pasukan gimnastik Amerika Syarikat di Sukan Olimpik Los Angeles 1984



  •  Pernah bertugas dengan kelab 'American football', Dallas Cowboy, sebagai ahli fisioterapi



  •  Dilantik sebagai pakar fisioterapi bagi pasukan Komanwel Malaysia



  •  Dipanggil balik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bagi merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cedera akibat terjatuh ketika menunggang kuda
    DATUK SHUIB LAZIM



  •  Bendahari Petubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)



  •  Mantan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani



  •  Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Merdeka



  •  Timbalan Pengerusi Actacorp Holdings Bhd



  •  Pengerusi Hatten Group Sdn Bhd



  •  Dikatakan rapat dengan mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin Foto-foto THE STAR/UTUSAN MALAYSIA BERHAD

  • -cyberita


  • No comments:

    Post a Comment