Friday, March 25, 2011

Tripoli dibedil tentera bersekutu buat hari keenam

TRIPOLI: Letupan dan tembakan senjata antipesawat menggegar Tripoli semalam apabila serangan tentera bersekutu ke atas pasukan Encik Muammar Gaddafi masuk hari keenam.
Seorang pegawai Britain berkata pasukan udara Libya hampir musnah.Beberapa negara mengalu-alukan kejayaan serangan udara itu.Timbalan Marsyal Udara Britain, Encik Greg Bagwell, berkata tentera udara Libya hampir musnah dan 'tidak lagi wujud sebagai satu kuasa berperang'.Para pegawai Amerika juga membuat spekulasi secara terbuka tentang sama ada tekanan berterusan itu boleh menyingkirkan Encik Gaddafi setelah lebih 40 tahun berkuasa.Saksi-saksi juga melaporkan satu letupan besar malam kelmarin di sebuah pangkalan tentera di kawasan perumahan Tajura, 32 kilometer ke timur ibu kota Tripoli.Tembakan senjata antipesawat kedengaran apabila pesawat-pesawat perang melalui Tripoli.Agensi berita rasmi Jana berkata serangan pasukan bersekutu ke atas Tajura telah membunuh 'ramai orang awam', namun ia tidak dapat disahkan.Tajura menempatkan pangkalan-pangkalan tentera paling penting Libya dan diserang tentera bersekutu pada hari pertama operasi Sabtu lalu, bagi mengenakan satu zon larangan terbang Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) ke atas Libya.Walaupun hasil gerakan tentera bersekutu belum lagi jelas, Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Robert Gates, dalam satu lawatan ke Mesir, berkata tekanan kian meningkat ke atas rejim Gaddafi mungkin boleh membuat rakan-rakan, malah anggota keluarga Encik Gaddafi, menentangnya pula.Presiden Barack Obama bagi Amerika menegaskan bahawa Encik Gaddafi mesti berundur, dan pegawai Amerika membayangkan orang-orang dalam golongan dalaman Encik Gaddafi kini mencari jalan keluar.Tentera Amerika juga berkata askar-askar darat Gaddafi yang mengancam bandar-bandar yang dikuasai pemberontak kini menjadi sasaran tentera bersekutu.Menteri Pertahanan Perancis, Encik Gerard Longuet, berkata 'zon pengecualian udara itu telah menjadi nyata'. -- AFP.
cyberita

No comments:

Post a Comment