Dalam kejadian terbaru, tentera udara rejim itu melancarkan tiga serangan udara ke atas Genting Gaza awal pagi semalam, iaitu sehari selepas lima serangan udara dilancarkan di kawasan sama.
Keganasan yang semakin meningkat di sepanjang sempadan Gaza-Israel turut dirasai di Tebing Barat apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah bas dan mencederakan lebih 30 orang serta mengorbankan seorang pelancong Britain di Baitulmaqdis, kelmarin.
Israel menuduh pejuang Palestin bertanggungjawab di atas keganasan itu tanpa sebarang bukti, iaitu pengeboman yang pertama seumpamanya dalam tempoh tujuh tahun.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tanpa rasa malu berjanji akan menggunakan keganasan bagi membalas dendam ke atas penduduk Palestin akibat insiden itu.
Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak terbunuh sejak keganasan kembali menghantui wilayah itu, minggu ini.
No comments:
Post a Comment