Friday, March 25, 2011

Presiden Yaman makin tertekan



SANAA - Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh menawarkan untuk berundur, akhir tahun ini selepas berhadapan dengan tekanan hebat daripada rakyat yang menuntutnya meletak jawatan, kelmarin.

Namun, pengumuman Ali itu dilihat tidak meredakan usaha puak penentang yang berterusan memaksa pemimpin veteran itu supaya meletak jawatan serta-merta.

Protes terhadap kepimpinan Ali, sekutu kuat Amerika Syarikat yang telah memerintah selama 32 tahun itu bermula sejak beberapa minggu lalu dengan demonstrasi menjadi semakin ganas.

Sementara itu, Britain mengumumkan akan membawa keluar semua pegawai kedutaan negara itu di Yaman serta-merta.

Sekurang-kurangnya 47 penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh dalam konflik di negara itu, setakat ini.

No comments:

Post a Comment