Friday, March 25, 2011

Najib, Rosmah senarai saksi Anwar



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi ditawar pihak pendakwaan kepada pembela kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sellain itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan serta Senator Ezam Mohd Nor dan tunang Mohd Saiful.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan pembela menyemak keputusan kelmarin dan menangguh perbicaraan sehingga 18 April ini.

Katanya, tiada asas untuk berbuat demikian setelah meneliti hujahan yang dibuat kedua-dua pihak.

Berikutan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin memanggil semula dua saksi bagi membolehkan tiga barangan dipertikaikan diterima sebagai bukti.

Barangan itu ialah botol air minuman berjenama Cactus, tuala ‘Good Morning’ dan sebatang berus gigi berwarna putih. Semua barangan ini diperoleh polis daripada sel Anwar selepas beliau ditahan semalaman 16 Julai 2008.

Ketua Unit Paterniti asid deoxyribonucleic (DNA), Nor Aidora Saedon, yang membuat ujian DNA dan bekas Ketua Bahagian Siasatan Tempat Kejadian (CSI), Superintendan Amidon Anan, yang mengambil tiga barang itu dari sel Anwar ditahan, dipanggil untuk menandakannya sebagai bukti.

sh

No comments:

Post a Comment