Thursday, May 5, 2011

NZ: Kerja pembersihan bermula



WELLINGTON 4 Mei - Kerja-kerja pembersihan secara besar-besaran dimulakan hari ini di Auckland selepas bandar terbesar di New Zealand itu dilanda bencana puting beliung yang mengorbankan satu nyawa.
Angin kencang selaju 200 kilometer sejam menghentam Albany bandar kecil di pinggir Auckland tanpa sebarang amaran menyebabkan banyak kereta dan bumbung sebuah pusat membeli-belah diterbangkan taufan serta pokok-pokok tumbang.
Menurut Majlis Insurans New Zealand, kerosakan dianggarkan bernilai berjuta-juta dolar, sekali gus meningkatkan tekanan kepada sektor industri yang mengalami kerugian berbilion dolar akibat bencana gempa bumi yang melanda Christchurch sebelum ini yang meragut lebih 180 nyawa.
New Zealand turut dilanda kejadian letupan di sebuah lombong kuari yang mengorbankan 29 pelombong pada November lepas. - AFP

No comments:

Post a Comment