Thursday, May 5, 2011

Obama tidak setuju siarkan gambar kematian Osama


WASHINGTON: Presiden Barack Obama menentang penyiaran gambar kematian Osama Bin Laden ketika wujud kebimbangan bahawa imej yang mengerikan boleh mencetuskan rasa marah, walaupun ia boleh menjadi bukti nyata kematian pemimpin al-Qaeda itu. 


Obama menyatakan keputusannya itu dalam temuramah ketika program "60 Minutes" terbitan televisyen CBS, sehari selepas Pengarah CIA, Leon Panetta berkata, gambar Osama akan disiarkan kepada tatapan umum.
Presiden Amerika Syarikat itu membuat keputusan demikian terhadap langkah untuk menyiarkan gambar Osama kepada umum selepas perdebatan hangat dalam kerajaan berkaitan kesan yang mungkin timbul sekiranya disiarkan.
Sejak berita kematian Osama tersebar, pentadbiran kerajaan Obama berusaha untuk mengimbangi di antara sambutan meraikan kejayaan mereka tanpa menyentuh sensitiviti dunia Islam. - AP 

No comments:

Post a Comment