Thursday, May 5, 2011

Tentera Indonesia tembak mati 4 lanun Somalia


JAKARTA: Tentera Indonesia semalam menembak mati empat lanun Somalia dalam satu pertempuran selepas sebuah kapal dengan 20 kelasi warga negara itu yang ditahan hampir dua bulan dibebaskan.
Kira-kira 35 lanun meninggalkan kapal berkenaan, MV Sinar Kudus secara berkumpulan selepas mereka menerima wang tebusan seperti yang diminta, kata Laksamana Muda Iskandar Sitompul.

Menurutnya, skuad khas tentera memastikan tidak ada lagi lanun di kapal berkenaan sebelum mengejar kumpulan itu, dan menembak mati empat lanun berkenaan dalam satu pertempuran.

Beliau enggan menyebut jumlah wang tebusan yang dibayar. Bagaimanapun, laporan media menyatakan, ia berjumlah antara RM9 juta dan RM13.5 juta. Kapal berkenaan dirampas di Laut Arab pada 16 Mac lalu. Lanun terbabit kemudian mengggunakannya untuk menyerang sebuah kapal kargo lain yang berada berhampiran tetapi dipatahkan oleh pasukan keselamatan, kata Tentera Laut Kesatuan Eropah.

Beberapa kumpulan lanun Somalia masih menahan lebih 20 kapal dan beratus-ratus kelasi. Somalia tidak 

No comments:

Post a Comment