Thursday, May 5, 2011

Pemimpin al-Qaeda jadi wira peguam


ABBOTTABAD: Sekumpulan peguam Pakistan mengadakan protes mengecam pembunuhan Osama bin Laden dan menganggap pemimpin al-Qaeda itu wira.
Sambil mengecam Amerika Syarikat, kira-kira 70 peguam terbabit turut melaungkan kritikan terhadap kerajaan Pakistan.

Presiden persatuan peguam tempatan di Abbottabad, Tahir Faraz Abbasi, berkata mereka memang menolak keganasan.

Bagaimanapun, katanya, tindakan AS menceroboh Pakistan tidak wajar.

“Kami tidak dapat menerima sebarang pencerobohan mana-mana pihak ke atas kedaulatan Pakistan,” katanya.

Di Peshawar yang pernah didiami Osama ketika dia berjuang menghalau tentera Soviet Union dari Afghanistan, kira-kira 200 peguam berkumpul di mahkamah untuk mengadakan majlis khas mendoakan tokoh terbabit.


Seorang daripada mereka, Ghulam Nabi, berkata Osama adalah wira mereka.

“Dia berjaya menggerakkan jihad di seluruh dunia,” katanya. - AFP, mymetro

No comments:

Post a Comment