ABBOTTABAD (Pakistan): Ketua tentera Pakistan bermesyuarat dengan komander tertinggi negara itu bagi membincangkan serbuan Amerika Syarikat (AS) yang membunuh Osama bin Laden, baru-baru ini.
Kedua-dua negara iaitu Pakistan dan AS berkata, Islamabad tidak terbabit dalam serangan helikopter yang membunuh Osama Isnin lalu, di sebuah rumah berdekatan akademi tentera di barat laut bandar Abbottabad.
Tentera Pakistan masih belum menjelaskan bila dan bagaimana operasi itu dilakukan, atau mengapa mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap serangan mengejut helikopter, yang mana dikatakan ia berlepas dari negara jiran, Afghanistan.Pegawai Pakistan berkata, Jeneral Ashfaq Parvez Kayani dijangka membuat kenyataan pada akhir mesyuarat, hari ini. - AP
No comments:
Post a Comment