Thursday, May 5, 2011

Pakistan salahkan perisik seluruh dunia


PARIS: Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani, berkata agensi perisikan di seluruh dunia turut bersalah atas kegagalan negaranya menahan Osama bin Laden. Bercakap kepada media di Paris semalam, Yousuf berkata, kegagalan itu berlaku di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat.
“Ia bukan di pihak Pakistan semata-mata,” katanya.

Sementara itu, dalam temu bual dengan stesen berita France 24, Menteri Luar Perancis, Alain Juppe, berkata ketika makan malam, dia bertanya kepada Yousuf bagaimana Pakistan tidak sedar Osama bersembunyi berhampiran Islamabad ketika pemimpin al-Qaeda itu menjadi buruan AS.

“Yousuf berkata, ia disebabkan kegagalan perkhidmatan perisikan Pakistan yang kini sedang ditangani,” katanya.

Namun, Juppe tidak mahu menyalahkan Pakistan.

“Pakistan sebuah negara luas dan kita sentiasa mahu memelihara hubungan baik dengan mereka,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment