Tuesday, August 9, 2011

Dawama tuduh DBP punca masalah



KUALA LUMPUR - Selepas seminggu mendiamkan diri, syarikat Dawama Sdn. Bhd. semalam menegaskan kemelut yang melanda syarikat itu sehingga terpaksa mengarahkan kira-kira 400 pekerjanya bercuti tanpa gaji berpunca daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri yang mengambil alih penerbitan buku teks kegunaan 2012 tanpa sebarang notis.
Syarikat tersebut dalam satu kenyataan memberitahu, pengambilalihan penerbitan tanpa Notis Penamatan Konsesi pada Julai lalu itu jelas melanggar perjanjian konsesi antara kedua-dua pihak yang ditandatangani pada 2002 sekali gus menjejaskan operasi syarikat.
Menurutnya, keadaan menjadi semakin buruk apabila DBP juga telah bertindak sendiri apabila menyerahkan hak mencetak dan mengedar kepada pihak ketiga tanpa persetujuan Dawama.
"Secara purata lebih 85 peratus daripada perolehan syarikat adalah daripada hasil jualan buku teks dan disebabkan masalah tersebut, syarikat tiada pilihan lain kecuali mengambil tindakan memberi cuti tanpa gaji tanpa tempoh yang ditetapkan kepada pekerjanya," kata kenyataan itu.kosmo

No comments:

Post a Comment