Monday, July 9, 2012
Muslim Inggeris Tolak Seruan Larangan Penyembelihan Halal
Muslim Inggeris menolak keras seruan untuk melarang menyembelih haiwan halal setelah seorang doktor haiwan Inggeris terkemuka menyeru menyekat atau melarang amalan popular tersebut di negara Muslim dan kalangan minoriti Yahudi.
"Kami percaya ini adalah suatu keperluan. Penyembelihan cepat sehingga rasa sakit dapat dikurangkan dan tidak ada penderitaan yang tidak perlu," kata Salim Kidwai, setiausaha agung Dewan Muslim Welsh.
"Kami percaya amalan ini harus terus berlanjut."
Kontroversi bermula apabila Profesor Bill Reilly, bekas presiden Persatuan Veteriner Inggeris, menyeru menyekat atau melarang amalan penyembelihan haiwan tanpa dibius atau haiwan dibuat tak sedarkan diri dahulu.
Pendapat ini diterbitkan oleh ahli perubatan haiwan terkemuka di jurnal Veterinary Record.
"Penyembelihan non-setrum nampaknya meningkat. Dari perspektif kesejahteraan haiwan hal ini tidak dapat diterima," kata Prof Reilly.
"Namun, kita beruntung hidup dalam masyarakat yang toleran dan menghormati keyakinan agama dari keyakinan yang berbeza dan harus mendamaikan kesejahteraan haiwan dengan kebebasan beragama.
"Dalam pandangan saya, situasi saat ini tidak dapat diterima, dan, jika kita tidak dapat menghilangkannya kita perlu menguranginya secara minimum," ujarnya.
"Ini bermakna menyekat penggunaan daging Halal dan Kosher bagi mereka yang memerlukannya untuk keyakinan agama mereka."
Bermain dengan retorika di Perancis tentang daging halal, Prof Reilly mempersoalkan apakah semua daging halal yang dimakan dihasilkan oleh komuniti Muslim, mendakwa bahawa daging halal telah membuat terobosan ke pasar sekular Inggeris.
"Sebahagian besar daging dari penyembelihan halal berakhir di pasaran sekular," katanya.
"Sangat mungkin bahawa kebanyakan pengguna jika diberi pilihan atau maklumat yang benar akan memilih untuk tidak makan daging tersebut.," Tegas Prof Reilly. (Fq / oi)
06/05/2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment