Seorang mualaf dari Kansas City mendapatkan ganti rugi sebanyak 5 juta dolar oleh juri mahkamah yang mendapati bahawa raksasa telekomunikasi AT & T mencipta sebuah "persekitaran kerja yang bermusuhan" setelah dirinya masuk Islam.
Susan Bashir, seorang ibu berusia 41 tahun, menyaman syarikat AT & T unit Southwestern Bell untuk apa yang dia katakan sebagai pola perilaku ofensif serta diskriminasi oleh penyelia yang bermula ketika dia masuk Islam pada tahun 2005, enam tahun selepas dia mula bekerja di syarikat tersebut sebagai jurutera rangkaian.
Setelah Bashir mulai mengenakan tudung dan mengikuti aktiviti di masjid setiap Jumaat, pengurus dan rakan kerjanya menyebut dia "pengganas," dan mengatakan dia akan ke neraka, kata peguamnya Amy Coopman.
Seorang pengurus syarikat bahkan berulang kali menyuruhnya melepas jilbab, menghinanya kerana memakai itu, dan pernah cuba merobek tudung dari kepalanya, menurut gugatanyang diajukan ke mahkamah.
Bashir mengeluh kepada HRD syarikat dan kemudian membuat aduan rasmi menuduh adanya diskriminasi kepada Suruhanjaya kesetaraan kerja dan kemudian ia dipecat pada tahun 2010.
Setelah beberapa hari mendengar kesaksian dan melakukan musyawarah, juri di Jackson County Circuit Court pada hari Khamis lalu memerintahkan AT & T untuk membayar ganti rugi sebanyak 5 juta dolar.
Jurucakap AT & T Marty Richter mengatakan bahawa syarikat akan mengajukan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Pengacara Bashir mengatakan penghargaan dari juri adalah sesuatu yang "monumental" untuk Bashir, namun mengatakan kesan kecil terhadap AT & T, sebuah syarikat yang mendahului multi-bilion dolar secara global. (Fq / wb)
No comments:
Post a Comment