KUALA LUMPUR - Peguam Kamal Hisham Jaafar menafikan pernah mengenali atau berjumpa dengan pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdulah Syed Hussein Al-Attasyang kini ditahan reman oleh polis.
Selain itu, beliau turut menafikan pernah mengupah Uncle Seekers untuk memaparkan artikel mengenaidakwaan penganiayaan Sultan Johor keatasnya.
“Dalam blognya, beliau telah memaparkan artikel berkaitan penganiayaan terhadap saya dan beberapa dokumen lain selaras dengan apa yang saya perjuangkan.
“Namun, saya pelik bagaimana beliau boleh dapat dokumen-dokumen itu sedangkan saya tidak pernah bertemu beliau," katabeliau pada sidang media menerusi telefon kira-kira 30 minit dipejabatnya,
petang ini.Sehubungan itu, Kamal Hisham berkata, beliau meminta peguamnya mengkaji perkara itu dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Uncle Seekers.
“Saya juga banyak dikritik dan dikutuk di dalam blognya itu. Saya ada minta rakan dia sampaikan pesanan supaya berhenti mengkritik saya, jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” katanya.
Katanya lagi, beliau harap beberapa isu yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini disiasat oleh pihak polis dengan adil termasuk yang dipaparkan di laman blog Uncle Seekers.
“Saya cuma mahu tegaskan lagi, saya tidak tahu dan pelik bagaimana Uncle Seekers boleh dapat akses kepada semua dokumen yang dipaparkan di laman blognya sedangkan saya tidak mengenalinya.
"Biarlah polis siasat perkara ini dengan adil,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment