Slogan kita sokong Hizbullah, Bukan Syiah menyamai slogan si buta yang tidak pernah kenal dan tidak tahu apa itu gajah. Apabila ditanya kepada beberapa orang buta tersebut apakah itu gajah maka jika si buta pertama terpegang ekor yang berbau tahi pasti akan dijawabnya:
"Gajah adalah benda panjang yang berbau tahi."
Seorang laki jika terpegang perutnya pasti akan menjawab:
"Gajah adalah benda besar dan bulat yang tergantung"
dan jika yang seorang lagi terpegang kakinya pasti dia akan berkata:
"Gajah adalah suatu benda panjang yang tegak berdiri."
Ekor, perut dan kaki adalah termasuk dalam anggota gajah kerana subjeknya adalah gajah dan datangnya dari badan gajah tetapi oleh kerana orang buta yang menjelaskannya maka pasti mereka syok sendiri dalam memperkatakannya.
Begitulah juga dengan Hizbullah, ia adalah Syiah kerana datangnya dari orang-orang syiah yang tidak sudi meninggalkan akidah Syiahnya, ia walaupun sesuatu yang berlainan namanya tetapi tetap benda yang satu kerana datangnya dari unsur yang satu.
Janganlah pula dihari kemudian ada yang berslogan: Saya tidak memberi sumbangan makanan kepada babi tetapi saya memberi sumbangan makanan ke mulut babi. Sedangkan semua sumbangan makanan kepada babi tetap saya memberi sumbangan makanan ke mulut babi. Sedangkan semua sumbangan yang ke mulut babi pasti akan masuk hanya ke perut babi dan tidak akan masuk ke perut sapi. Begitulah sumbangan yang diberikan kepada Hizbullah - Syi'ie ianya tidak akan sampai dan tidak akan memberi manfaat kepada orang-orang sunni kerana perang di Lubnan lebih menghancurkan bumi Lubnan, menimpakan kerosakan besar, pembunuhan beribu-ribu rakyat awam, meranapkan tempat tinggal, bangunan dan menimpakan kesengsaraan kepada rakyat Lubnan berbanding rakyat Yahudi dan orang-orang Hizbullah.
Bagaimana boleh dianggap jihad jika tentera Hizbullah menimpakan ribuan kematian, kecederaan dan penderitaan kepada wanita, kanak-kanak dan orang-orang awam yang sepatutnya dilindungi?. Bagaimana tentera Hizbullah juga boleh dianggap wira jihad jika menyusup ke dalam barisan wanita, kanak-kanak dan orang awam yang hanya melibatkan sedikit kematian di pihak Hizbullah lebih mengundang kecelakaan dan kehancuran malah hanya mengangkat dan meninggikan bendera Hizbullah bukan kalimatullah. Hizbullah tidak menampilkan jihad Islam tetapi jihad yang kejam yang diilhamkan oleh syaitan terlaknat.
Mohon sebar supaya tidak ada yang terpedaya dengan slogan ini.
No comments:
Post a Comment