15 September 2012
BANDAR MARAN - Umurnya seusia tahun kemerdekaan negara, namun hidup seorang ibu tunggal di sini, yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 seakan tersisih apabila mendakwa permohonannya untuk mendapatkan bantuan rumah tidak dilayan.
Ibu kepada tujuh anak, Hamisah Mastor, 55, berkata, sejak 20 tahun lalu selepas pemergian arwah suaminya, Abdul Mubin Abdul Rani akibat barah hati, dia sekeluarga terpaksa menumpang di sebuah rumah atas ihsan seorang adik ipar di Kampung Berkat.
Bagaimanapun katanya, rumah berusia lebih 50 tahun itu kini semakin usang di mana lantai dan tiang kayu reput sehingga melendut di bahagian tengah, selain bumbung bocor di merata tempat.
“Bukan tidak mahu gantikan dengan yang baru, tapi saya memang tidak mampu kerana perbelanjaan bulanan bergantung kepada pencen Jabatan Kerja Raya (JKR) arwah suami sebanyak RM380.
“Anak-anak pula tidak mempunyai kerja tetap, tetapi ada memberi sedikit perbelanjaan cuma sekadar menampung keperluan utama sahaja. Seorang anak sudah berkahwin dan yang lain masih tinggal dengan saya termasuk anak ketiga berusia 30 tahun yang kurang upaya,” katanya kepada Sinar Harian.
Hamisah berkata, dia sangat berharap permohonannya untuk mendapatkan bantuan di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dipertimbangkan demi keselesaan mereka sekeluarga.
Katanya, sebelum ini dia ada memohon bantuan menggantikan bumbung yang bocor, namun tidak berjaya atas alasan tiada peruntukan.
“Rasa seperti tersisih lebih-lebih lagi selepas termakan janji manis pemimpin mengenai perkara ini, malah sangat terkilan kerana terpedaya apabila dijanjikan tapak tanah untuk membina kediaman lebih selesa.
"Semua itu hanya janji kosong dan tambah derita, berlaku perebutan tanah antara saya dengan pihak satu lagi angkara janji pemimpin berkenaan,” katanya.

No comments:
Post a Comment