Saturday, September 15, 2012

Iktikad Ahl al-Sunnah berkenaan keutamaan Ahl al-Bait Rasulullah: ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain

Iktikad Ahl al-Sunnah berkenaan keutamaan Ahl al-Bait Rasulullah: ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain

Dan mereka (Ahl al-Sunnah) mengasihi Ahl al-Bait Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, setia kepada mereka dan memelihara wasiat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan mereka yang baginda sampaikan pada Hari Ghadir Khum:

Aku peringatkan kalian kepada Allah berkenaan Ahl al-Baitku, aku peringatkan kalian kepada Allah berkenaan Ahl al-Baitku.[14] Dan baginda juga bersabda kepada al-‘Abbas, pakciknya, ketika beliau mengadu kepadanya bahawa sebahagian orang Quraish telah mengasingkan Bani Hasyim, lalu baginda bersabda:

Demi yang diriku berada di tangan-Nya, mereka tidak beriman sehingga mereka mencintai kalian kerana Allah dan kerana kalian adalah kerabat aku. [15]

Dan baginda juga bersabda:

Sesungguhnya Allah telah memilih Bani Ismail dan telah memilih daripada Bani Ismail (suku) Kinanah dan telah memilih daripada (Bani) Kinanah (suku) Quraisy dan telah memilih daripada (Bani) Quraisy – Bani Hasyim dan telah memilih aku daripada Bani Hasyim.[16]

Iktikad Ahl al-Sunnah berkenaan para isteri Rasulullah

Dan mereka (Ahl al-Sunnah) setia kepada para isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, Ibu-ibu kaum Mukminin[17] kerana sesungguhnya mereka adalah isteri baginda (sehingga) ke Akhirat nanti, khasnya Khadijah radhiallahu ‘anha – ibu kepada kebanyakan anak-anak Rasulullah dan orang yang pertama beriman dengannya (kepada Islam) dan (yang pertama) mendukung urusannya. Baginya (Khadijah) kedudukan yang tinggi.

Dan al-Shiddiqah binti al-Shiddiq (‘A’isyah binti Abu Bakar) radhiallahu ‘anha yang pernah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda berkenaannya:

Keutamaan ‘A’isyah di atas seluruh wanita adalah umpama keutamaan al-Tsarid (sejenis makanan roti dan daging) di atas semua jenis makanan.[18]

vii. Sikap Ahl al-Sunnah terhadap orang yang menyelisihi Ahl al-Bait dan para sahabat

Dan mereka (Ahl al-Sunnah) berlepas diri dari jalan (manhaj dan sikap) al-Rafidhah, iaitu orang-orang yang membenci para sahabat dan mencela mereka. Dan (Ahl al-Sunnah berlepas diri) dari jalan (manhaj dan sikap) al-Nawashib, iaitu orang-orang yang menyakiti Ahl al-Bait dengan perkataan atau perbuatan.

BACA LEBIH LANJUT DI SINI: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/buku_syiah/Siri1/iktikad.htm
 —

No comments:

Post a Comment