KUALA LUMPUR: “Pelari pecut kebiasaannya menggunakan steroid jenis stonozolol manakala dianabol dan testosterone kerap digunakan ahli bina badan” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor.
Bekas Mr Asia kategori ‘heavyweight’ sebanyak enam kali itu berkata, dianabol dan testosterone menjadi pilihan ahli bina badan kerana ia mampu menambah kekuatan dan mempercepatkan pembinaan otot.
Abdul Malek, 57, turut mengesahkan keghairahan atlet mengambil steroid untuk mendapatkan tubuh sasa dalam tempoh singkat bukan saja membuatkan mereka berdepan risiko kerosakan kesihatan, malah ia turut mengubah emosi serta menjejaskan hormon kelakian sehinggakan alat sulit menjadi kecil.
“Mereka yang ghairah mendapatkan badan sasa dengan cepat mungkin berjaya mencapai impian itu, tetapi berisiko berdepan masalah buah pinggang, jantung, tekanan darah tinggi, mati pucuk, sesetengahnya kemaluan mengecil, menjadi pemarah, malah boleh membawa maut.
“Saya sedar bukan orang awam yang mengidam badan menawan saja mengambilnya, malah ada atlet turut menggunakannya untuk mencapai prestasi terbaik.
“Contohnya, bagi pelari pecut wanita, penggunaan steroid memberi kesan sehingga wajah dan badan mereka kelihatan lelaki,” katanya. Abdul Malek, berkata, kesan penggunaan hormon pembesaran boleh dilihat melalui perubahan fizikal seperti dagu meruncing ke depan, gigi jarang dan tangan menjadi bengkok.
“Saya dapati penggunaan steroid sekarang serius dan meluas. Elakkan penggunaannya kerana saya sudah lihat kesan buruk kepada rakan saya sebelum ini. Untuk mendapatkan badan menawan, kita tidak perlu bergantung kepada steroid, tetapi faham kandungan makanan seperti kalori, karbohidrat dan protein. “Kalau mahu mengambil steroid juga, sila rujuk doktor bagi mengelak kesan sampingan buruk kepada fizikal dan mental,” katany
No comments:
Post a Comment