Saturday, September 15, 2012

Kita semua telah melihat Presiden Mesir Dr Mursi memuliakan R.A kepada 4 Sahabat (Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali) walaupun di Iran, Syiah imamyah sangat membenci (Abu Bakar, Omar dan Uthman)

Kita semua telah melihat Presiden Mesir Dr Mursi memuliakan R.A kepada 4 Sahabat (Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali) walaupun di Iran, Syiah imamyah sangat membenci (Abu Bakar, Omar dan Uthman)

Persoalannya adalah: ADAKAH PENTERJEMAH RASMI IRAN PADA KETIKA ITU TELAH MENTERJEMAHKAN SETIAP PERKATAAN DR. MURSI DENGAN TEPAT DAN PROFESIONAL??

JAWAPANNYA DI SINI ….
http://www.alarabiya.net/articles/2012/08/30/235169.html

TIDAK....!!

Penterjemah dari bahasa Arab kepada Bahasa Parsi dan bahasa antarabangsa tersebut telah memanipulasikan ucapan Dr Mursi dengan tidak menyebut nama-nama sahabat R.A seperti Abu Bakar, Omar dan Uthman. Beliau hanya menyebut nama Ali R.A dan beliau menambah pula ayat yang langsung tidak disebut oleh Dr Mursi iaitu “Revolusi di Bahrain”.

Walaupun penganalisis politik semasa di Iran berkata : tindakan ini adalah daripada pihak kerajaan kami yang merupakan tindakan bodoh dan kurang matang, Presiden Mesir berkata dengan sangat jelas dan semua orang mendengar dan faham ucapan tersebut. Beliau menyebut Abu Bakar , Omar and Uthman. Kenapa mereka lebih suka untuk memanipulasi dan berbohong kepada orang ramai.

Kenapa harus padam semua nama-nama itu? Presiden mesir dalam ucapan secara langsung kepada antarabangsa tidak pernah sama sekali menyebut perkataan Bahrain dalam bahasa arab, tetapi kenapa penterjemah itu masih menyebutnya?

Dan presiden menyebut dengan jelas sekali “Kebangkitan Arab”. Kenapa penterjemah mengubahnya kepada kepada “Revolusi Islam” ? Kami fikir ini adalah arahan terus daripada pihak atasan untuk melakukan manipulasi bodoh ini.
 

No comments:

Post a Comment