Ustaz, maaf kalau saya keluar dari topik, saya nak tanya soalan pada Ustaz.
Kat Malaysia, kita dengar macam2 masalah dari kalangan golongan agama, khususnya isu Wahhabi, sekarang pula isu Syiah.
Jadi Ustaz, saya nak tahu antara Syiah dan Wahhabi ni, mana lagi teruk dan lebih berbahaya?. Buat masa ni, saya still akan mengatakan Syiah lebih teruk bahkan teruk yang amat nak dibandingkan wahhabi, sebab wahhabi tak cela sahabat, bahkan dorang ni lagilah membela para sahabat, dan kat fb atau mana2 website yang lawan syiah pun dari kalangan Wahhabi dengan hujah yang sangat konkrit.
Jadi saya nak tahu, apa pandangan ustaz tentang nih? hmm.“
Jawapan Ustaz Love mudah saja.. sudah tentu Syiah itu lebih berbahaya.. biarlah Ustaz Love jawab dalam bentuk point2.. lebih senang difahami :
1. Syiah menolak al-Quran dan hadis yang dipegang oleh golongan ahlus sunnah.. Sedangkan wahabi menerima dan menyeru supaya berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-hadis (walaupun menolak hadis dhaif dan cuma menerima hadis sahih dan hasan sahaja)..
Walaupun Dr. Faisal Tehrani dan sekutunya bermati2an mengatakan bahawa al-Quran yg dibaca di Iran juga adalah al-Quran yg sama dibaca oleh golongan ahlus sunnah, namun ianya masih boleh dipertikaikan.. Ini kerana al-Quran yg dibaca oleh golongan sunnah yg ada sekarang adalah al-Quran yg dikumpulkan oleh Saidina Uthman berpandukan al-Quran yg ada pada Hafsah (isteri Nabi s.a.w.).. ianya merupakan ilham yg dicadangkan oleh Saidina Umar kepada Abu Bakr dan seterusnya dikemaskini oleh Saidina Uthman.. dan pengumpulan al-Quran diketuai oleh Zaid bin Tsabit.. kesemua sahabat2 ini ditolak dan dikafirkan oleh golongan Syiah.. jadi, bagaimana pula mereka boleh mendakwa yg mereka berpegang pada al-Quran yg disusun oleh para sahabat ini? Tidakkah mereka berpegang kepada usaha ‘orang kafir’? Tidakkah mereka terdetik di hati bahawa telah berlakunya penyelewengan?
Sebenarnya, ia telah pun dijawab oleh ulamak2 besar Syiah bahawa mereka mempunyai al-Quran yg mengandungi 17 ribu ayat… tapi cuba dinafikan dgn menggunakan teologi hadis rekaan sendiri.. kononnya ia adalah hadis ahad dan bukannya mutawatir.. namun, penafian demi penafian mereka hanya menambahkan lagi kekeliruan mereka terhadap pegangan Syiah.. bukannya menjelaskan..
2. Syiah lebih bahaya kerana mereka berpegang kepada akidah taqiyyah dan kitman (iaitu berpura2 atas akidah dan amalan).. sedangkan wahabi menyeru kepada ibadah yg jelas dan tsabit daripada nas al-Quran dan hadis.. cuba tengok geng2 wahabi.. lepas solat, mereka terus cabut.. tak tunggu zikir dan doa dah.. sbb mereka berpegang dengan kaedah “al-aslu fi al-ibadah haram” (asal kepada ibadah adalah haram.. bermaksud kalau sesuatu ibadah itu tidak dibuat oleh Nabi dan para sahabat, maka mereka juga tak melakukannya)
Berbeza dengan Syiah.. cuba tengok orang Iran (sekarang ni bersepah2 kat Malaysia) solat kat masjid.. mana ada bawak batu karbala.. tapi kalau sendiri, baru mereka sujud atas batu tu.. sbb tu kebanyakan org susah nak tahu pegangan seseorang.. nikahnya pun ikut nikah ahlus sunnah.. bila dah duduk sekali, baru la tahu rupa2nya suaminya Syiah..
3. Syiah lebih bahaya daripada wahabi kerana Syiah mempelopori amalan bid’ah bahkan menggalakkannya.. sedangkan wahabi menentang segala macam bentuk bid’ah dan khurafat… Boleh search kat youtube dan tengok amalan2 sesat pengikut Syiah.. dah serupa macam thaipusam dah..
4. Syiah lebih bahaya daripada wahabi kerana Syiah menghalalkan pernikahan kontrak (mut’ah) dan membenarkan perlakuan seks songsang sedangkan wahabi tidak.. bayangkan, seorang wanita yg dikahwini secara kontrak, kemudian diceraikan tanpa edah.. kemudian dikahwini lagi secara kontrak oleh lelaki lain.. tak ke serupa je mcm pelacur? Inilah ajaran ulamak2 Syiah.. mengajak kepada amalan seks songsang.. malah Ayatollah Khomeini menyatakan harus melakukan hubungan seks dengan isteri melalui dubur (liwat).. jijik tak?
5. Syiah lebih bahaya daripada wahabi kerana Syiah mengkafirkan sahabat sedangkan wahabi memuliakan sahabat sesuai dengan kedudukan mereka (radiallu anhum wa radhuu ‘anhu – Allah meredhai mereka semua dan mereka juga meredhai Allah sebagai Tuhan)..
6. Dan Syiah lebih bahaya kerana telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, sedangkan wahabi difatwakan masih lagi berada dalam kelompok ahlus sunnah wal jamaah..
Banyak lagi nak tulis.. tapi rasanya cukuplah yg ini dulu.. biar sikit asal melekat.. daripada banyak tapi berterabur ;)
Read more: http://ustazlove.com/blog/
http://ustazlove.com/blog/
No comments:
Post a Comment