28 November 2012
PETALING JAYA – PKR akan mengambil tindakan tegas termasuk mengheret mereka yang terlibat merobohkan papan iklan milik parti itu yang didirikan di atas tanah persendirian di Kilometer 383 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara.
Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak, Mahdi Hasan berkata pihaknya kini sedang mengumpul bukti mengenai kes tersebut sebelum berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan sivil ke atas mereka yang bertanggungjawab
Menurutnya, tindakan merobohkan papan iklan seperti itu hanya boleh dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT), namun dalam kes itu ada orang lain mengarahkan supaya Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) merobohkan papan iklan berkenaan.
“Tuan punya tanah sendiri tidak menerima apa-apa notis perobohan atau amaran dari PBT, mengapa ianya boleh dirobohkan sedangkan sebuah lagi papan iklan di atas tanah yang sama tidak dirobohkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, semalam.
Susulan itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Tanjong Malim Perak pada 25 November lalu.
Difahamkan papan iklan besar itu mula didirikan pada 20 November sebelum disedari dirobohkan pada 24 November lalu.
Sementara itu, tuan tanah yang juga ahli PKR, Shahbudin Abdul Khatar berkata, berdasarkan pemeriksaan dilakukan tiang papan iklan itu dipotong menggunakan gergaji.
“Saya semak dengan pejabat Propel di Slim River dan mereka mengaku terpaksa merobohkan papan tanda itu atas arahan seseorang yang berpengaruh,” katanya

No comments:
Post a Comment