Pejuang Palestin mengelak bom pemedih mata dilepaskan askar Zionis ketika membantah dasar Israel di wilayah ditakluki itu.
Paris: Empat negara Eropah yang menjadi anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengutuk rancangan Israel membina penempatan baru di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.
Anggota tetap majlis, Britain dan Perancis selain Jerman serta Portugal yang akan mengakhiri penggal dua tahun, bimbang penempatan itu akan menggugat proses perdamaian Israel dan Palestin.
Butiran lanjut mengenai kenyataan itu diteliti di New York, kata diplomat yang enggan dikenali.
Sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat hanya meluahkan kekecewaan dengan rancangan Israel membina hampir 5,000 penempatan baru dan menyifatkan ia bercanggah dengan matlamat mewujudkan keamanan.
Tindakan provokasi
“Kami amat kecewa dengan tindakan Israel meneruskan tindakan provokasi ini.
“Pemimpin Israel berterusan berkata, mereka menyokong jalan penyelesaian dua negara, tetapi ini meletakkan bercanggah dengan matlamat itu,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Victoria Nuland.
Katanya, kritikan terhadap Israel itu menunjukkan mereka bimbang mengenai tindakan berterusan seperti itu.
“Keadaan tidak memberangsangkan ketika ini.
“Kita perlu tamatkan provokasi dan membawa kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan.
“Ia sukar, sesuatu yang tidak mudah sejak beberapa lama dulu. Kita tidak mahu perkara ini berlaku seperti juga mereka,” katanya.
Diplomat Eropah berkata, kenyataan mengecam itu akan dibentangkan kepada anggota majlis, tetapi negara Eropah tidak perlu meluluskannya sebagai kenyataan rasmi atau sebagai resolusi – berkemungkinan besar kerana Amerika tentu memberi tentangan, sebagai sekutu rapat Israel.
Rundingan sulit
Kenyataan itu dikeluarkan semalam, kata diplomat PBB di New York, yang juga enggan dikenali kerana rundingan dibuat secara sulit.
Isnin lalu, Israel mengeluarkan kenyataan tegas mahu meneruskan rancangan membina 1,500 pangsapuri di Baitulmaqdis Timur, wilayah yang diharapkan menjadi ibu negara Palestin. - AP
No comments:
Post a Comment