Friday, December 21, 2012

Muhammadiyah bimbang isu bakso haram





         
JAKARTA: Isu status halal bakso di Indonesia membimbangkan kerana boleh menyebabkan umat Islam terjebak mengambil makanan haram.

Ketua Umum Muhammadiyah, Din Syamsuddin, berkata peniaga yang bertanggungjawab mencampurkan daging lembu dan babi perlu menyedari bahawa tindakan mereka itu menyalahi agama. Katanya, perbuatan itu sama seperti memerangkap pengguna dan mengajak mereka melakukan amalan haram. “Mereka juga menyebabkan peniaga bakso yang jujur terkena kesannya,” katanya.


Din berkata, peniaga tidak sepatutnya mencari keuntungan dengan menyukarkan orang lain. Isu bakso haram itu ditimbulkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) beberapa hari lalu.

Percampuran daging halal dan haram di pasar menyebabkan MUI sukar memperakui banyak produk bakso di negara itu.


Din berkata, kerajaan turut bertanggungjawab mengatasi masalah berkenaan.


Katanya, Badan Pemantau Ubat-ubatan dan Makanan (BPOM) perlu mengawasi proses penghasilan produk bakso, bermula dari peringkat paling asas hingga ke proses penyembelihan haiwan. “Undang-undang Halal juga perlu disegerakan,” katanya. - Republika.

No comments:

Post a Comment