Friday, December 21, 2012

Hosni Mubarak jatuh di bilik mandi



KAHERAH 20 Dis. - Bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak kembali ke penjara selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital tentera akibat tergelincir di bilik mandi, Sabtu lalu.
Menurut laporan agensi berita MENA, Mubarak, 84, dikejarkan ke Hospital Tentera Maadi lewat semalam, selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala serta tulang belakang akibat insiden berkenaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim berkata, bekas pemimpin itu bagaimanapun telah kembali ke penjara Torah sebaik-baik selesai menjalani rawatan.
Mubarak, pada Jun lalu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas penglibatannya menyebabkan kematian kira-kira 850 penunjuk perasaan sepanjang kebangkitan membantah kepemimpinannya. - DPA/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121221/lu_09/Hosni-Mubarak-jatuh-di-bilik-mandi#ixzz2Ff9sUYpo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment