Friday, December 21, 2012

Iran dakwa mampu hasil pesawat lebih canggih





         
TEHERAN: Iran mendakwa mampu menghasilkan pesawat tanpa juruterbang yang lebih canggih berbanding ScanEagle milik Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan itu dinyatakan Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Ahmad Vahidi selepas negara itu berjaya merampas pesawat milik AS terbabit.


Laman berita Irib melaporkan, Ahmad Vahidi menegaskan Iran kini dalam proses mengeluarkan pesawat tanpa juruterbang yang lebih canggih berbanding ScanEagle. Beliau berkata demikian dalam sidang media kepada wartawan semalam. “Kami mempunyai pelbagai jenis pesawat tanpa juruterbang yang lebih canggih daripada ScanEagle dan ia dalam pembinaan,” katanya.

Menurutnya, kemajuan teknologi Iran itu akan dipamerkan pada Hari Teknologi Angkasa.


Ketika ditanya mengenai rancangan mengadakan latihan ketenteraan di perairan selatan, Ahmad Vahidi berkata, ia bertujuan untuk meningkatkan persediaan dan menguji senjata baru dan latihan baru ketenteraan. “Kami merancang menjalankan latihan ketenteraan sebagai persediaan menjaga keamanan rantau ini.


“Matlamat kami jelas dan Republik Islam Iran memiliki kekuatan dan kemampuan yang pasti menimbulkan kebimbangan pihak asing,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment