Friday, December 21, 2012

PBB: Mazhab burukkan krisis Syria



21 Disember 2012
NEW YORK - Perang saudara di Syria kini berubah kepada pertempuaran antara kumpulan etnik dan agama, kata Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut suruhanjaya itu, pertempuran antara pasukan kerajaan dan kumpulan bersenjata antikerajaan merupakan pendekatan akhir di tahun kedua kebangkitan rakyat.

"Konflik kali ini secara terang-terangan adalah berkaitan mazhab," kata sumber itu.

Suruhanjaya itu ditugaskan oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB Hak Asasi Manusia agar membuat laporan berkala ke atas Syria melalui temu bual.

Ulasan ini merangkumi tempoh 28 September hingga 16 Disember lalu.

Laporan yang dikemas kini mengatakan pasukan kerajaan dan militia yang dikuasai oleh puak Alawite, telah menyerang puak Sunnah – “secara meluas (tetapi tidak seragam)" bagi menyokong kumpulan bersenjata yang menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad serta kumpulan bersenjata anti-kerajaan yang menyasarkan Alawite.

Sementara itu, minoriti masyarakat lain termasuk beberapa orang Kristian, Armenia, Palestin, Kurdis dan Turkmen, "juga terperangkap dalam konflik itu dan beberapa kes di mana mereka dipaksa mengangkat senjata untuk pertahanan mereka sendiri atau pihak lain."

Salah seorang daripada mereka menggambarkan bagaimana kekerasan berlaku dalam kerajaan di wilayah Latakia yang menghangatkan jawatan-jawatan di "kampung-kampung (puak) Alawite." Satu lagi ketegangan yang meningkat, digambarkan wujud dalam wilayah Daraa antara Syiah dan Sunnah.

Laporan itu turut berkata, kumpulan bersenjata antikerajaan yang terdiri daripada Sunnah yang datang dari Timur Tengah dan Afrika Utara.

Dalam pada itu, kumpulan Syiah dari negara lain turut mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam konflik bagi pihak Syria. Kumpulan Syiah Hezbollah dari Lubnan berkata, ia demi perjuangan ahli-ahlinya.

Tterdapat juga laporan yang mengatakan, golongan Syiah Iraq turut datang untuk berperang di Syria dan Pengawal Revolusi Iran menyediakan "sokongan intelektual dan nasihat."

Sementara itu, masyarakat Kristian yang tersebar di seluruh Syria kini mula membawa senjata dan bergerak. Misalnya di Homs, kira-kira 80,000 orang Kristian telah melarikan diri ke Lubnan.

"Bahaya kini jelas kelihatan," kata suruhanjaya itu. Seluruh masyarakat berada pada risiko dipaksa keluar dari negara atau dibunuh dalam negara sendiri.

Dengan masyarakat mempercayai -- bukan tanpa sebab -- bahawa mereka sedang terancam, keperluan bagi penyelesaian yang dirundingkan adalah lebih penting daripada sebelumnya.

Lebih 40,000 orang telah terbunuh dalam konflik itu, termasuk sekurang-kurangnya 85 orang kata Jawatankuasa Pembangkang Penyelarasan Tempatan Syria, semalam.

No comments:

Post a Comment