LONDON: David Cameron mempertahankan pengumumannya baru-baru ini berhubung rancangan membawa pulang tentera Britain di Afghanistan seramai 5,200 anggota menjelang tahun depan.
Perdana Menteri Britain itu yang membuat lawatan ke Afghanistan bagi meninjau anggota tenteranya sempena sambutan pra-krismas menyifatkan tidak menjangkakan perkembangan positif yang ditunjukkan rakyat negara itu.
Jumlah pasukan keselamatan Britain yang berkhidmat di Afghanistan di bawah kontigen NATO adalah kedua terbesar; ditugaskan bagi menyekatkan kemaraan Taliban.
Britain dijangka membawa pulang semua anggotanya di Afghanistan menjelang 2014, di mana pasukan keselamatan antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat akan menyerahkan tanggungjawab keselamatan kepada kerajaan Afghanistan yang mesra dan stabil. - AP
No comments:
Post a Comment