HAMPIR 5,000 orang dilaporkan terbunuh melibatkan pelbagai serangan dan ribuan penduduk melarikan diri dari Syria sepanjang bulan lalu.
Menurut kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan Syria, jumlah kematian pada bulan Januari 2013 adalah bilangan kes paling tinggi sejak tercetusnya krisis kebangkitan rakyat menentang kerajaan Presiden Bashar Al-Assad.
Pengarah kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan Syria, Rami Abdulrahman berkata, sebanyak 4,851 kes kematian direkodkan pada Januari melibatkan lebih 1,000 daripadanya adalah petugas keselamatan dan 3,305 adalah penduduk awam atau anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Peningkatan angka itu sejajar dengan bertambahnya krisis melibatkan kepadatan melampau penghuni di kem-kem pelarian dekat sempadan serta negara-negara jiran.
Awal Februari, buat pertama kalinya tulang belakang Syria, Menteri Hal Ehwal Rusia dan Iran, mengadakan pertemuan luar biasa dengan pemimpin pembangkang Syria, Moaz Al-Khatib bagi tujuan menamatkan konflik berdarah itu.
Khatib merupakan pemimpin Gabungan Kebangsaan Syria (SNC) sejak ia ditubuhkan pada Disember lalu di Qatar dengan sokongan Barat dan negara Teluk.
Sewaktu rundingan, Khatib meluahkan tawaran untuk berjumpa dan mengadakan perbincangan bersama Assad tetapi dengan beberapa syarat, termasuk kerajaan Syria wajib membebaskan tahanan politik.
Sejurus menamatkan pertemuan itu, Khatib berkata: "Rusia sememangnya negara yang mempunyai niat tertentu tetapi kami (SNC) tetap menerima rundingan mereka.
"Ia penting dalam usaha mengurangkan krisis serta banyak lagi yang perlu dibincangkan bersama,"
Sementara itu, Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi berkata, negaranya tetap akan menyambung beberapa lagi rundingan dengan Khatib.
"Saya mewakili Syria akan meminta pembentukan sebuah kerajaan peralihan bersama ahli-ahli rejim dan pembangkang di bawah pemerhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara sah," katanya.
Bagaimanapun, Assad belum memutuskan keputusan yang bakal mengubah nasib dan kerajaannya.
Sabtu lalu, Khatib menerusi laman sosial Facebook peribadinya berkata beliau sanggup bersemuka dengan wakil Assad jika pemimpin rejim itu enggan bertemu dengannya.
"Saya sanggup mengadakan rundingan dengan wakil Assad di wilayah kami iaitu utara Syria bagi menamatkan konflik yang telah membunuh lebih 60,000 orang.
"Misi rundingan kali ini tertumpu kepada laluan untuk Assad meninggalkan kuasanya dengan meminimumkan pertumpahan darah dan kemusnahan.
"Jika rejim prihatin dengan kedaulatan negara dan masih enggan meninggalkan wilayah-wilayah Syria, hanya satu cara penyelesaian iaitu membebaskan tanah-tanah dalam utara negara," kata Khatib.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Liga Arab, Jeneral Nabil El-Araby di Kaherah, Mesir, kelmarin, kerajaan Assad mengutuk permintaan Khatib sebagai pelanggar kedaulatan negara kerana ingin mengadakan rundingan di luar Syria.
"Mengapa mereka berkata begitu, utara Syria juga termasuk di dalam negara Syria. Kami juga berhak untuk memilih lokasi rundingan itu," tegas Khatib.
Menurut wakil PBB, Khatib turut menemui wakil khas antarabangsa Syria, Lakhdar Brahimi pada Sabtu lalu. Brahimi menggesa pemimpin pembangkang itu meneruskan dialognya bersama kerajaan Syria.
Sejak bulan lalu, kerajaan Syria masih belum memberi tindak balas segala syarat yang dikenakan Khatib. Namun Menteri Informasi Syria, Amran Al-Zoubi pada Jumaat lalu berkata, kerajaan rejim sentiasa mengalu-alukan ketibaan pembangkang ke Damsyik bagi membincangkan masa depan negara sejajar dengan cadangan Assad iaitu mengadakan Dialog Antarabangsa.
Isu berkenaan turut menarik minat bekas Perdana Menteri Syria, Riad Hijab yang menggambarkan bahawa penyelesaian terhadap krisis berdarah Syria tidak akan dicapai melainkan Assad keluar daripada kerajaan sedia ada.
Susulan kebangkitan rakyat menentang Assad dan serangan balas kerajaan rejim, jumlah kematian sejak dua tahun lalu mencecah 60,000.
Menurut pemantau PBB, angka kematian sebenar mungkin melebihi ratusan ribu jika direkodkan secara terperinci.
"Seramai 3,717 mangsa terbunuh adalah kanak-kanak dan 2,144 yang direkodkan merupakan golongan wanita," katanya.

No comments:
Post a Comment