Wednesday, February 13, 2013

Tabung Kemanusiaan Gaza


.logo tabung gaza

SHAH ALAM – Kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin semakin menjadi-jadi apabila rejim itu mempertingkatkan serangan mereka di pelbagai kawasan di Tebing Barat.

Biro Perlindungan Tanah Kebangsaan berkata, dalam laporan mingguannya pihak rejim Israel masih meneruskan polisi pembersihan etnik di Baitulmuqaddis dan Lembah Jordan.

Laporan itu menyebut pihak rejim ingin mengambil-alih sepenuhnya tanah di kawasan itu dengan memusnahkan harta benda warga Palestin.

Katanya, rejim Zionis telah mengumumkan niatnya untuk memusnahkan kediaman di daerah Fahidat di timur bandar Anata, timur laut Baitulmuqaddis kerana kedudukannya yang hampir dengan kem latihan Israel.

 Pihak tentera rejim menyerahkan notis pemusnahan 13 rumah dan 10 pondok dalam perancangan menjadikan kota Baitulmuqaddis milik Yahudi.

Dalam perkembangan sama, rejim Zionis telah meratakan tanah untuk meluaskan penempatan Efrat di tanah Palestin dekat wilayah Bethlehem.

Rejim Zionis tidak pernah berhenti menyeksa kehidupan rakyat Palestin, sehubungan itu janganlah kita berhenti berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Marilah bersama-sama membantu mereka. Hulurkan bantuan ke Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian ke akaun Maybank yang tertera atau hubungi talian 03-51013888.

No comments:

Post a Comment