Wednesday, February 13, 2013

Tunjuk perasaan di Kaherah


Kaherah: Pasukan keselamatan menyembur air dan melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di luar istana Presiden ketika meraikan ulang tahun kedua kejatuhan Hosni Mubarak dengan menentang penggantinya.

Mereka berusaha menyuraikan sekumpulan penunjuk perasaan petang kelmarin, selepas sebila-ngannya cuba merempuh kawat duri yang menghalang mereka daripada mendekati pintu pagar istana. Sebahagian penunjuk perasaan menjerit: “Rakyat mahu menumbangkan rejim ini.”
Terdahulu, sekumpulan lelaki bertopeng menghalang kereta api di stesen bawah tanah Kaherah dan 12 penunjuk perasaan menyekat lalu lintas dengan membakar tayar di laluan utama bandar raya itu. Beratus-ratus lagi berhimpun di luar pejabat ketua pendakwa negara, menuntut keadilan bagi penunjuk perasaan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan selepas Presiden Mohammed Morsi mengambil alih jawatan musim panas lalu.

Penunjuk perasaan membaling beg plastik berisi cecair merah ke arah pejabat pendakwa bagi mengingatkan darah orang awam yang tumpah dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Sekumpulan penunjuk perasaan menutup pintu bangunan pentadbiran utama di luar stesen bawah tanah di Dataran Tahrir.

No comments:

Post a Comment