Wednesday, February 13, 2013

PRU-13: Bendera BN mungkin diharamkan di Pulau Pinang



BENDERA Barisan Nasional yang dipasang di sepanjang sebatang jalan raya di Pulau Pinang sempena sambutan Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di negeri itu baru baru ini. - UTUSAN
PULAU PINANG 13 Feb. - Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dibenarkan memasang bendera parti sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan kegagalannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong mendakwa, banyak bendera 1Malaysia yang digantung di laluan-laluan utama di negeri ini sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran BN negeri kelmarin tidak mempunyai permit.
Selain itu jelasnya, pengantungan bendera berkenaan juga dikatakan membahayakan penguna jalan raya terutama penunggang motosikal.
“MPPP memberi tempoh seminggu kepada BN negeri untuk tampil membayar kompaun bagi menuntut kembali bendera-bendera yang dirampas.
"Sekiranya gagal berbuat demikian, kami (MPPP) akan menyenaraihitam BN untuk memohon permit bagi mengantung bendera parti selepas ini termasuklah semasa berlangsungnya pilihan raya umum nanti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130213/px_03/PRU-13-Bendera-BN-mungkin-diharamkan-di-Pulau-Pinang#ixzz2KmBFSODP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment