Wednesday, February 13, 2013

Lancar ujian nuklear



Gambar bertarikh 12 Disember 2012 menunjukkan roket jarak jauh Unha-3 Korea Utara di Pusat Angkasa Sohae, PyonganBukdo. Negara itu mengumumkan mereka berjaya melancarkan ujian nuklear kecil, kelmarin. - AGENSI
SEOUL 12 Feb. - Korea Utara dengan sikap degilnya menyatakan mereka berjaya melancarkan ujian nuklear kecil di timur laut negara ini pada hari ini.
Tindakan negara itu jelas melanggar arahan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa semua aktiviti atomik dihentikan atau berhadapan sekatan yang lebih banyak.
Ujian yang dilancarkan di bawah tanah tersebut menjadikan Korea Utara lebih dekat dalam menghasilkan peluru berpandu nuklear jarak jauh yang boleh mengancam Amerika Syarikat (AS).
Pengesahan kejayaan ujian nuklear itu dilaporkan oleh agensi berita Korea Central News Agency (KCNA), tiga jam selepas gempa bumi dikesan di kawasan tempat ujian nuklear Punggye-ri kira-kira pukul 11.57 pagi waktu tempatan (10.57 pagi waktu Malaysia).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130213/lu_01/Lancar-ujian-nuklear#ixzz2Km4u9uaf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment