KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menghantar nota bantahan kepada Ketua Polis Negara berikutan kekacauan dalam program anjurannya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, 4 Februari lalu.
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, nota bantahan itu menuntut penjelasan, sama ada benar berlaku perbincangan antara Pengurus Felda terbabit dengan beberapa wakil pemuda bagi menggagalkan program tersebut.
Katanya, nota bantahan ini, susulan pendedahan video di Youtube, menunjukkan mesyuarat yang diadakan sebelum kejadian tersebut bagi membincangkan usaha menghalang program ceramah itu.
Berdasarkan video itu, Mazlan berkata, mesyuarat itu turut disertai oleh Pengurus Felda Sungai Tengi dengan beberapa wakil pemuda daripada Perkasa, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda.
Dakwa Mazlan, perbincangan itu menjurus bagi menggagalkan program Anak, membuat huru-hara dan menghalang mereka daripada memasuki kawasan Felda.
"Anak akan hantar nota bantahan kepada KPN seminggu lagi. Kami juga akan serahkan kepada Suhakam," katanya, semalam.

No comments:
Post a Comment