Wednesday, February 13, 2013

Tanah rakyat Johor yang dirembat secara haram sedang dilelong kepada pelabur asing

SKUDAI 13 FEB: Tanah rakyat Johor yang dirembat secara haram sedang dilelong kepada pelabur asing oleh kroni Perdana Menteri untuk pembangunan bersepadu Iskandar Malaysia, kata Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim.
Dedah beliau, semua tanah berkenaan dilelong kepada pelabur Eropah, China, Hong Kong dan Singapura.
Akibatnya, penduduk yang memiliki plot tanah kecil menjadi mangsa rampasan secara sistematik selepas disatukan atas nama pembangunan tersebut.
“Dari Sungai Danga, Sungai Perling sampai ke Tanjung Pelepas, kebanyakan tanah diberi pada KPRJ (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor).
“Tapi bukan KPRJ yang bangun dan uruskan. Tanah ini digadai kepada Danga Bay yang dipunyai Lim Kang Hoo, kroni Najib Razak dan Ghani Othman,” kata Hasan.
“Dulu DPMJ (Dewan Perniagaan Melayu Johor) nak majukan, tapi ditolak. Sekarang di Lido Boulevard, dari depan Masjid Abu Bakar sampai Marin Shahbandar dimiliki tauke judi, Vincent Tan,” katanya lagi pada Ceramah Umum KEADILAN di Taman Skudai Indah, di sini semalam.
“Rumah di Iskandar ini pun bukan untuk rakyat biasa, tetapi untuk orang-orang kaya. Harga jutaan ringgit. Adakah rakyat biasa mampu beli?” soal Hasan.
“Yang ada sekarang ini pun, ramai tak mampu beli rumah,” sambungnya disahut sorakan ‘betul’ hadirin.
 

No comments:

Post a Comment