BEIRUT - Sebuah pangkalan tentera udara di utara Aleppo, Syria ditawan sekumpulan anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA) sekali gus menjadi lokasi kedua selepas penawanan empangan Taqba, semalam.
"Pemberontak cuba menyerang pangkalan tentera Al-Jarrah dan ia akhirnya ditawan menjelang tengah hari sejak semalam (kemarin)," kata pengarah pemantau hak asasi kemanusiaan Syria, Rami Abdulrahman.
Sebelum itu, pemberontak telah menawan empangan hidro-elektrik terbesar Syria, Eupharates selepas bertempur dengan beberapa unit kereta perisai tentera kerajaan dekat bandar Damsyik.
Menurut aktivis pembangkang, Abu Zaid Teif, lebih 10 anggota FSA berkawal di bahagian luar empangan.
Sementara itu, tentera Assad menambah kekuatan dengan kereta perisai dan senjata bagi mempertahankan wilayah timur di Damsyik sejak kelmarin. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment